Rabu, September 22

PENCUCI MUKA YANG POWER

Salam blogger,


Hari nie gua malas nak merepek. So gua nak cerita sama lu orang satu cerita. Tak silap kejadian nie berlaku masa gua mula-mula masuk sekolah asrama. Tingkatan satu kalau gua tak silap laa. Masa tue gua hensem lagi tak macam sekarang, gua comel. Wakakaka. *penerajang*

So nak dijadikan cerita masa tue gua dengan family gua membeli-belah dekat pasaraya. Kalau bahasa inggeris orang panggil pasaraya tue 'mall'. Bila nak masuk asrama macam biasa laa, kena beli barang-barang rumah seperti baldi, gayung, hanger, pencuci baju fab, 'stok' dan sebagainya.

Kalau yang tak pernah dok asrama, 'stok' tue di panggil makanan. Dan biasanya bila bawak 'stok' dekat asrama kenalah 'pau' dengan senior-senior. Kalau lu tak tahu jugak 'pau' tue ape memang nak kena sepak laju-laju (-.-)

So gua jalan-jalan dekat mall. Sambil gua jalan gua ushar awek-awek. Tapi sayang dalam ramai-ramai yang gua ushar semuanya makcik-makcik. Hampeh. Gua berhenti bila gua sampai dekat kawasan alatan mandi. Baru gua ingat gua tak beli lagi sabun, shampoo, berus gigi dan pencuci muka.

Gua ambik sabun brand 'PRADA', shampoo brand 'PUMA', berus gigi brand 'TOPMAN'. Sampai dekat rak pencuci muka, gua dah blur nak pilih brand ape. Yang gua nampak ada dua brand iaitu 'Garnier Men' dengan 'Safi'. Brand 'Garnier Men' harga kalau gua tak silap masa tue RM 9.79 sen. 'Safi' pulak RM 5.67 sen.

Lama gak gua pikir-pikir. Kalau gua beli pencuci muka brand 'Garnier Men' dekat asrama, mesti member-member gua puji sebab pakai barang-barang branded. Kalau 'Safi' mesti gua kena cop pondan. Shit betul member-member gua masa tue. Serius.

Selepas 10 minit lebih. Mak gua memekik panggil nama gua sebab lepas tue nak singgah tempat lain. Gua baca doa iftitah then gua rembat pencuci muka 'Safi' terus blah dekat mak gua.







Itulah cerita untuk hari ini. Best tak ?

27 ulasan:

adrinaqamarina berkata...

garnier la oke. haha. aduhai.

kte tak pakai benda tu sampailah bila sampai egypt sebab kat egypt ne debu, so memang kena ada protection lebey sket.

m used to be "budak hostel". rindu lah!

aYaz berkata...

wakakak...
gune biore men pun oke what?
;)




(erk,ade ke x biore men?hek..)

Zara berkata...

kita guna SAFI jugak.
cap pondan ke,erk erk...

Safi best tau.
Kawan i yg gelap jdi putih :D

oOoo encik tikus
ni metroseksual ye :)

yott berkata...

belilah produk buatan Malaysia..

rizal jabai berkata...

aku cuci muka pkai BIOZIpp,,x ook..tukar FAB pun x ok..last pkai sabun kapak..baru ensem mcm skg :P


sian kt macik2 yg kesepian tu..ko ushar lah dorg..hehe

nur anis berkata...

adik laki aku suka betul guna safi..x tau la dia kena pangil pondan ke x kat asrama..haha..

dylli berkata...

safi tu pondan?
HAHA..
agak a. :P

Uruchimaru @ kf berkata...

air wuduq lagi afdal tikus !

emm......

plumpy.tootsie berkata...

lu asrama mane dulu?

muazlumut berkata...

safi pun ok

Bro Framestone berkata...

b4 balik Kl, singgah semalam dua kat rumah bro.. sekali teringat.. pencuci muka tertinggal kat rumah bakal mertua he..23x

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

syaftome berkata...

biaselah tue...
kalau dok asrama...
sblom nak balek..
mesti nak beli mcm2...
macamlah kat asrama x bleh beli (bleh beli...tp pakai duit sendiri...tue yg x best tue...haha)

smpi terbawak2 ke tua...
smbung belajar kat universiti pun...
msh nak beli brg utk tinggal kat kolej...hehe...

enyheartsdiamond berkata...

pakai garnier!

masshie mastura berkata...

ekeke. nice one pnye entry ;)

six.september =_= berkata...

bila aku pakai safi, aku makin hensem

*cimOt* berkata...

gunekan daia..lupekan yang laen..

Miranisa =) berkata...

wow. garnier men best ;)

Sharinginfoz berkata...

belasah aja nanti makan maggie kan

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

pencuci muka safi ehh pakai ? kenapa tak fabuluso je biar mkkin ensem..hahahah..just a joke.;DD

kata kila berkata...

aku tak pakai lah pencuci muka :|

Encik Tikus berkata...

- aku dulu asrama dekat sabak bernam.

Encik Tikus berkata...

- aku dulu asrama dekat sabak bernam.

molmolla berkata...

jaaaaa. kite pun tak tahu. emmm, bf kite pakai ke tak ekk pencucui muke? kahkahkah!!

|arieza| berkata...

so aper perkembangan cerita Safi? haha kena bahan ke tak? :p

Encik Tikus berkata...

gua kena bahan sampai aher tahun. shitt -.-

cik bunbun berkata...

menipu gila hostel kat sabak bernam! sepuk kau karang!

ENCIK TIKUS berkata...

bunbun : gua dulu sekolah sabak bernam lah masa form 1 -.-