Selasa, September 28

INI TAPIR

Salam blogger,


Haih~ Gua mengeluh nie. Tidur gua di kacau oleh bunyi-bunyian yang mana sama seperti bunyi tapir. Lu tahu tak ape itu tapir ? Kalau lu tak tahu mari gua bercerita ape yang di maksudkan dengan tapir. Dengar baik-baik. Jangan nanti cikgu lu tanya ape itu tapir, lu pi jawab 'makanan'. Memang shit laa.


**********


Tapir actually boleh juga di panggil tenuk. Tak silap gua tapir tue panggilan dalam bahasa inggeris. Ehhh, tenuk kott panggilan dalam bahasa inggeris. Entah la. Gua pun dah pening nak explain macam mana.

Bangkai.



Gambar Tapir Di kebun Binatang London

Tenuk Malaysia (Tapirus indicus), merupakan tenuk terbesar di dunia dan hanya spesies tenuk inilah satu-satunya berasal dari Asia. Nama saintifiknya berasal dari Hindia Timur yang bermaksud habitat semula jadi spesies.

Tenuk Malaysia menetap di Asia Tenggara khususnya Malaysia, selatan dan bahagian tengah Sumatera (Indonesia), Myanmar (latitud selatan pada titik 18° U) dan Thailand (sepanjang sempadan barat hinggalah ke selatan sempadan Thailand-Malaysia. Selain itu tenuk turut kelihatan di kawasan selatan Kemboja dan Vietnam walaupun tiada pengesahan dibuat dan mungkin juga terdapat di Laos.

Tenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dan habitat asalnya sudah pupus akibat perburuan manusia dan pembangunan.




Mika Nakashima

Musim mengawan berlaku pada bulan April hingga Jun. Tempoh kehamilan Tenuk Malaysia ialah kira-kira 390 hingga 403 hari (lebih kurang 13 bulan), di mana anak pertamanya mempunyai berat sekitar 15 paun (6.8 kg). Kebiasannya tenuk betina akan melahirkan anaknya dengan purata 2 tahun sekali. Tapir Malaysia merupakan tenuk terbesar ketika lahir dan membesar lebih cepat berbanding spesies tenuk yang lain.

Ketika muda, tenuk ini tinggal bersama ibunya selama 6 hingga 8 bulan. Sama seperti spesies tenuk muda yang lain, tenuk ini mempunyai bulu berwarna perang dengan berjalur putih dan berbintik-bintik di mana corak ini membolehkan mereka untuk berssembunyi dengan berkesan ketika berada di kawasan hutan yang kelihatan bertelau-telau cahayanya. Perubahan warna tenuk muda kepada perwarnaan tenuk dewasa berlaku antara 4 hingga 7 bulan selepas lahir. Tempoh bercerai susu pula berlaku ketika berumur 6 hingga 8 bulan.

Tempoh kematangannya kira-kira 2.5 hingga 3.5 tahun. Tenuk Malaysia mampu hidup lebih 30 tahun sama ada hidup dalam kurungan ataupun hidup liar.
 

Tapir baby, comelnya dia.

Tenuk Malaysia merupakan haiwan yang suka bersendirian dan mempertahankan kawasan daratan yang luas sebagai wilayahnya walaupun sebenarnya kawasan tersebut pernah dijajah oleh tenuk lain. Tenuk menandakan kawasan wilayahnya dengan mengencing atas tumbuh-tumbuhan terutama batang pokok dan biasanya meredah di kawasan semak.

Tenuk ini merupakan haiwan vegetarian, makan pucuk yang lembut serta daun lebih daripada 115 spesies tumbuh-tumbuhan (terutama sekali 30 spesies yang diminatinya), bergerak perlahan meredah hutan dan berhenti sejenak untuk makan serta mengambil perhatian terhadap bau jejak yang ditinggalkan oleh tenuk lain di kawasan ini. Bagaimanapun, apabila diancam atau takut, tenuk mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga mempertahankan dirinya dengan cengkaman kuat serta gigi yang tajam. Tenuk Malaysia berkomunikasi melalui decitan dan siulan.

Kebiasannya tenuk ini lebih suka tinggal berhampiran sungai dan sering membersihkan diri dan berenang serta mempunyai kemampuan untuk memanjat cerun yang curam. Tenuk ini hanya aktif pada waktu malam walaupun tidak tergolong dalam kumpulan haiwan nokturnal. Selain itu, tenuk ini lebih cenderung untuk makan selepas matahari terbenam atau sebelum matahari terbit dan semestinya makan sekejap pada tengah malam. Kelakuan sebegini tergolong sebagai haiwan krekuspul.




Maria Ozawa a.k.a Miyabi


Tamat. Terima kasih kerana sudi membaca. 

16 ulasan:

Ery Farieha berkata...

hahahaa

pelik gak

cte psl tapir pon boleh

Encik Tikus berkata...

lu baca tak nie entry gua ? hahaha

cik bunbun berkata...

aku bace yang bold je. ngan gamba minah seksi tu aku khatam. hohohoho

Kazaztan Team berkata...

tenuk pun makan bertime ye...pelik juga berinformative pula N3 nie

dylli berkata...

apa kena mengena tapir dengan maria ozawa? :P

ayue berkata...

wahh ! belajar pasal tapir lakk masok blog en.tikus nih . HAHA .

~Nur Zulaiha~ berkata...

motif pic girl 2???

kata kila berkata...

yang penting, baby tapir sangat cool

aleen adela akoo ^_* berkata...

erk,motif citer psl tapir?

darkbatman berkata...

weh bru tau tapir 2 tenuk rupenya..muahahahaaa

Black_roses92 berkata...

tapir owh tapir.. haha..

Umie Nadhirah berkata...

Pe kaitan 2 orang awek tu ngan Tapir..
HAHAHAHHAHHAHAHA!

*cimOt* berkata...

en tikus bercerita tentang membernyer si tenuk..har har har..
xpasal2 menambah pengetahuan am plak aku bce en3 ni,,

Arisa Mihashi berkata...

wahhhhhhhh.tenuk!! comelnya!kih3.

vampire's lovex berkata...

aku ingat kan ko nak kutuk dak2 asrama ko td..hahahaha!!!

berilmu gak ko ney ek..ngahaha

Miziey berkata...

Pinjam gambar tapir jap.
:D