Rabu, Mac 30

ABAH OH ABAH #3

Episode satu (link)

Episode dua (link)

Petang petang cenggini biasanya gua dan ahli keluarga akan melakukan aktiviti membasuh kereta bersama-sama. Meriah jugak gua rasa bila dapat keluarga cenggini. Tapi itulah masalahnya bila diakhir waktu melakukan aktiviti cenggini tak sah kalau tak main air sampai basah baju. Ini yang gua kurang berkenan. Kalau time tue gua pakai baju pemberian si awek tak ke basah lencun nanti. Lainlah kalau baju tue water-proof. Oh yea buat masa sekarang gua single. So tak reti-reti lagi ? Gua dah bagi hint nie. Heh




Selalunya abah gua nie suka mengitar semula barang barang lama. Kadang-kadang dia kumpul surat khabar lama untuk di jual. Dapat jugak lah RM3.00 cenggitu. Kalaulah ada kebun dekat lapangan rumah gua nie kompem bapak gua tanam pokok pokok buah. Almaklumlah jati diri orang kampung tue masih melekat kemas dijiwanya. Gua pun bila balik beraya di kampung suka menolong saudara dekat kampung bakar lemang, buat ketupat.

Beraya di kampung keturunan jawa nie meriahnya lain macam sikit. Pada malam 7 lingkur kebiasaannya kami cucu-cucu akan disuruh untuk menyalakan api pelita sekeliling kawasan rumah nenek. 2 hari sebelum raya semua anak beranak dah ada dikampung. Kalau nak dikira sepupu sepapat gua tak payah nak dikhabarkanlah berapa banyak. Lebih 15 orang ! Dan selalunya kami akan menghabiskan stok stok mercun sehari sebelum raya. Habis sahaja atok hencem tue announce tarikh raya, kami cucu cucu nenek akan berlari keluar rumah sambil membawa stok mercun masing masing yang dibekalkan orang tua kami. Masa tue hukum haram untuk bermain mercun tak dikeluarkan lagi.




Tahun nie atok nie takkan announce lagi. Dia dah bersara kalau tak silap. Dah berapa lama dia buat tugas nie, semenjak gua kecik lagi kot.


Bersambung...

16 ulasan:

d.e.e.n.a.YAYA berkata...

atok tue dah bersare =.= sob3..

btw,kampung u ktne??

lisa berkata...

gile sempoi mercun tak haram lagi time tu. sekarang hm. .

miss no name berkata...

bersambung lagi?? haih~~
btw,kamu single lagi?? *winkwink* haha

O'gosh berkata...

owh...ingatkan sambung cite #2 tadi...

syafiqah ezam shah berkata...

haha. #sosweat.
raya kat kg la paling best!

Aqillah Majid =) berkata...

-tataw nak komen ape-
haha

ReeNAppLe berkata...

pergh.. single ker??? hak3... meh nak tolong carik 1 tuk kat ko...hak3..
15??? sikit jer tue... aku punya.. tak terbilang... hahah
teringat zaman kanak2 time raya bila baca entry ko ni.. aduii... hehe

melle amir berkata...

berepisod-episod

ENCIK TIKUS berkata...

d.e.e.n.a YAYA : yeap dah bersara.. kg aku dua dua dekat selangor..

lisa : memang sempoi time tue meriam gila gila punya modify..

miss no name : ada calon untuk gua ka ?

O'gosh : kalau kau baca betui betui kau mesti paham apa yang aku cuba sampai kan.. keh keh

syafiqah ezam shah : tahu tapeee..

Aqillah majid : kalau macam tue tak payah leww komen..

ReeNAppLe : legend siot raya dolu dolu..

melle amir : suka tak berepisod-episod nie ?

DuniakuAbstrak berkata...

sudah tiba masanya kau ganti tugas atok kau

Bella Ayub berkata...

sabar je lah aku cerita berepisod ni.. ni ko nak citer atok ke abah ni ?? musykil

cik ciput berkata...

OH ATUK..

ENCIK TIKUS berkata...

DuniakuAbstrak : dia bukan atok aku..

Bella Ayub : musykil ? LOL

cik ciput : amboi rindu kemain..

nurein hayup berkata...

kenapa kaw x panggil satu kampung main mercun... yang tu baru di kata kan sungguh meriah, bermasyarakat lah kata kan...

hiro berkata...

tak sabar nak rayo doe tengok muka atuk lu.

Hayati Hamzah berkata...

alamak mesti tak bes kalo bukan atok ni yg announce. kalau esok raya muka dia senyum sket, kalau lusa raya muka dia masam. so kua2 je tv trus tgok dia senyum ke masam. oh atok. rindu !