Isnin, 4 April 2011

ABAH OH ABAH #4

Episode satu (link)


Episode dua (link)


Episode tiga (link)




Cerita pasal raya nie belum habis sebenarnya.

Okey sambung cerita...

Kalau orang jawa istilah beraya nie mereka panggil 'baraan'. Maksudnya beraya beramai-ramai. Setiap pagi kami semua ahli keluarga dan adik beradik abah akan berkumpul di ruang tamu nenek around 9 pagi after selesai menunaikan solat hari raya. Selepas selesai aktiviti bermaaf-maafan yang mengambil masa sekitar 15 minit, kami semua akan bersiap untuk pergi ke destinasi pertama iaitu kubur arwah atok.






Ini masa 'baraan' rumah orang, gembirew giteww


Kalau dulu gua dari rumah nenek abah pun dah boleh dapat duit sekitar 60 ringgit cenggitu hasil pemberian pakcik makcik belah abah. Ada jugak sepupu gua dapat hampir 130 ringgit. Itupun setelah dicampur dengan duit puasa penuh. Puasa ikhlaslah woi ! grrrrr

Then lepas ziarah kubur kami semua akan pergi baraan ke rumah saudara mara terdekat. Bagi siapa yang tidak tahu, kebanyakan rumah saudara mara gua semuanya terletak di sekeliling kawasan rumah nenek. Adalah dalam 20 rumah cenggitu so agak senanglah untuk baraan sebab hanya perlu jalan kaki jea dan duit raya pun dapatlah dalam satu rumah bagi 2 ringgit jadi 20 buah dapatlah 40 ringgit. Tapi ada jugak yang tak bagi, sebab apa gua pun tak tahu. Maybe nak simpan duit untuk beli alatan dapur, beli yoyo kea, beli tikar kea. Entahlah.


Sebenarnya gua nie tak pandai sangat nak ngomong jowo, tahu lew sikit sikit macam 'wes mangan urung ?' takpun 'kabare wak ?'. Haha not badlah daripada orak tahu ngomong jowo langsungkan ? So back to the story, yang bestnya beraya dekat kampung belah abah nie gua boleh 'in' lah dengan perangai sepupu sepapat gua nie. Almaklumlah semua umur lebih kurang jea darjah 2,3,4 dan 5.. lagi lagi bila menjelang malam kami semua akan main meriam belakang rumah wak.


Time tue kami pakai yang besi punya dan selalunya kami akan modify meriam meriam kami sebab main meriam nie pun ada tournament tahu ? Kitorang akan modify elok elok bagi bunyi baik punya then lawan kawasan mane paling kuat ? Dan kalau mereka dah kalah mereka akan diamlah main meriam. Tapi bagi gua dengan sepupu sepapat, bila kami diam daripada bermain meriam bukan beerti kami kalah tapi stok kabad dah habis. Mahai betei.


Dengan orang jawa nie tak payah ceritalah dia punya expertkan. Modify sane modify sini perghhh kalau dibawak sepupu sepapat gua nie pergi kawasan pembuatan senjata tentera Malaysia boleh jaminlah askar kita akan menang kalau berperang. Sungguh !






Tapi bagi gua yang tak berapa nak besar nie, bapak gua just approach gua main meriam tin jea. Mungkin perasaan sayang tue kuat pada gua tapi okeylah daripada tak dapat main langsung kan ? Merasalah jugak dapat main meriam tin masa dolu dolu. Kau hado ? Pui.

Actually gua pun dah kompius. Gua nak cherite pasal abah gua kea pasal hari raya nie ?


Bersambung...

21 ulasan:

ieka darlink berkata...

encik tikus org jawa?

zezolla_atin berkata...

alaaaa..

tade abaahhhh...

...:i'm ezza haniza:.... berkata...

hahahaha......abah dan raya tajuk sebenarnyeee

six.september berkata...

ce cite pasai aku pulak. ce terai.

Aqillah Majid =) berkata...

baraan!! hoho. tibe2 tak sabar nak raye. ngahaha

melle amir berkata...

tin milo oldskul feveret gua

adrinaqamarina berkata...

kte yang baru fes time baca ni pon dah konpius, ni cerita pasal abah ke hari raya.

tak tahu la kalau dalam bahasa jawa, ada dabel meaning.

REENAPPLE berkata...

macam best jer dapat main mercun..aku dulu main bunga api...hahaha.. tak digallakkan langsung..main bnda alah tue masa raya dan lain-lain hari.. cedey kan..
tuela aku pom agak kompius... ko nk citer apa sebenarnya...ngeh3

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
terbarai bro..peminat milo rupanya ... sama macam gua

Encik Psychopath berkata...

meriam tin ? ape barang. meriam tanah le.



kebabooooom gitew.

si cebbie cholet berkata...

yer...sayer tak mearse main meriam tinnnnnnn <--- jawab feeling abis!

K2r~90 berkata...

eh jap ase macam guwa penah gok men merian tin

dylli berkata...

milo;
TONIC FOOD DRINK????

HAHAHAHAHA..

DuniakuAbstrak berkata...

suku jawa memang meriah dengan hubungan kejiranan dan kekeluargaan

aku bangga berdarah jawa

hiro berkata...

woiiii..ada lagi bekas milo lama woii..epic nie!

nuyuin berkata...

panjang nye citer...
part brape dah nie.? ahax.

cintahati berkata...

fed up aku..haha

O'gosh berkata...

ler...bukan cite patut pasal bapak ko ke dik...

Naddia berkata...

kau jawe ke??? meh la kapel!

alexa yussida berkata...

agak ar..mcm more to story about raya je :P

hamzah ian berkata...

lama tak tgk tin milo ni