Jumaat, 15 April 2011

ABAH OH ABAH #5

"First of all cikgu nak ucapkan tahniah kepada murid-murid kerana untuk exam kali nie tiada sape yang gagal",


"Jadi nama yang cikgu akan panggil nie sila ke depan yea untuk ambil keputusan", kata cikgu Zanariah.


"Amirul Asyraf Bin Mahnood mendapat peratusan sebanyak 67 peratus.."


"Ahmad Lutfi Bin Ahmad Aziz mendapat peratusan sebanyak 75 peratus.."


Gua yang duduk baris tiga dari belakang sibuk melukis muka awek sebelah, malas gua nak fokus untuk benda-benda cenggini. Bikin sakit hati juga kadang-kadang.


"Farith Shafiq.."


Gua tersentak. Gua macam ada terdengar nama gua disebut. Gua cuba buat endah tak endah. Gua buat keputusan untuk berdiam diri sebab dalam kelas gua waktu tue ada tiga orang bernama 'Farith' 'Farid' 'Faris'. Walaupun pronouns 'Faris' tue memang tak sama sebutan akhirnya tapi kekadang ramai juga guru-guru yang sebut sebagai 'Faridss'. Ehh cacat pulak gua dengar.


"Muhammad Farith Shafiq..."


seraya tue semua murid sekelas pakat ushar gua reramai. Gua yang masa tue tengah khusyuk melukis muka awek sebelah menggelabah tak tentu pasal.


"Haish dorang nie apehal pandang-pandang ?" getus gua dalam hati.


"Muhammad Farith Shafiq !!" jerit cikgu Zanariah.


Pensel 2B Staedtler yang sedang gua pegang ketika itu terpelanting keluar ke koridor akibat terkejut. 


"Yang diorang nie cubalah beritahu gua kena panggil, ini tak.. bangang", marah gua. Masih dalam hati.


Gua meluru laju ke depan dengan matlamat ingin mengetahui markah keputusan gua. Sampai sahaja di depan gua dan cikgu Zanariah berpandangan. Lama. Adalah dalam 10 minit cenggitu. Akhirnya cikgu Zanariah mengerlipkan matanya setelah tak tahan membulatkan matanya yang memang terbukti bulatnya.


"Yes !! Gua menang lagi !!", bisik gua. Sekali lagi di dalam hati.


"Jadi semua murid sila berikan tepukan gemuruh kepada Farith sebab dia mendapat peratusan tertinggi ujian kali nie dengan markah sebanyak 97 peratus". Gua tersengih tersimpul malu bila dipuji sedemikian di khalayak ramai. Walaupun sebelum nie gua sudah banyak kali dipuji kerna kecemerlangan gua dalam pelajaran tapi perasaan malu tue sentiasa menjengah. 


Lalu satu kelas 3 Mawar bertepuk tangan meraikan kejayaan gua mendapat peratusan tertinggi. Ada juga keluar suara-suara sumbang, "Hidup Farith ! Daulaut Tuanku !" diulang beberapa kali oleh murid-murid yang memang gemok. Sekali lagi gua tersengih seperti kerang busuk.


*******


Kringgg... loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah habis. Gua segera keluar dari kelas walaupun ketika itu Cikgu Zanariah masih mengajar subtopik tajuk 4 iaitu Simpulan Bahasa. Peduli apa gua. Yang penting gua harus jumpa bapak gua sekarang !


Gua segera mengayuh beskal b.m.x silver gua. Dengan kelajuan 120km/sejam dalam masa hanya 3 minit gua telah sampai ke rumah. Jarak antara rumah gua dan sekolah ada dalam 1 km cenggitu. Laju tak laju la gua cakap. Ini semua berkat dapat keputusan 97 peratus dalam kertas Bahasa Melayu.


"Abah ingat lagi tak janji abah itu hari ?", soal gua melihatkan bapak gua sedang berehat di ruang tamu.


"Ingat.. kenapa ?"


"Nah.. tadi abang long baru dapat result untuk kertas Bahasa Melayu.."


Bapak gua segera mengambil kertas tersebut, di tenungnya lama-lama. Seminit kemudian dia masuk ke bilik utama. Gua menunggu penuh sabar.


"Syabas abang long sebab dapat keputusan yang cemerlang.. sebagai penebus janji ini bapak nak bagi hadiah dekat abang.."


Gua segera capai hadiah tersebut. Gua bukak pembalut hadiah laju-laju. Warna merah. Gua senyum. Keesokan harinya gua bawak hadiah tersebut dekat sekolah berlagak sama itu member-member sekelas. Terima kasih bapak!




P/s : gua mahu promote cerpen gua. Kalau sesiapa ada masa lapang boleh jenguk cerpen gua dan kalau rasa superb boleh vote. (link)

25 ulasan:

Linglung berkata...

apa benda tu? tanah liat platesin?

ainakhani berkata...

ape sambungannya??? huhuhu


love cerpen (:

six.september berkata...

apa hadiah? spender?

miss no name berkata...

cumilnya kau masa kecik....haha~~

Takamine Iswadi berkata...

haha ada style lah,gua suka cerpen neh
simple dan kelakar :)

keep it up bro

PK berkata...

gua pun musykil. apa barang sebenarnya itu? sabun cuci?

Noor Aqillah Majid =) berkata...

plastesin ka? -.-

ENCIK TIKUS berkata...

cerpen yang gua maksudkan bukan nie yea, tapi dekat link oren yang gua bagi. ce kelik

lisa berkata...

mesti ada sambungan lepasni. he he

kata kila berkata...

playdoh.tahu playdoh .ekekke

nurayunni berkata...

plastesin..lame tak main..dulu mase kecik2 slalu je beli...:P

vampire's lovex berkata...

kah kah main palstesine lagi ke dajah 3 ???



kanak2 kemain !!

cik ciput berkata...

plastesin ke encik tikus?haha..good2..abah nak membentuk anaknya supaya lebih kretip agaknya..

ENCIK TIKUS berkata...

keh keh hadiah bermakna tue..

DuniakuAbstrak berkata...

cerita kalau tak up diri mmg tak sah, haha

Pyka Rahmat berkata...

abah.. nak duit!

ReenAppLe berkata...

pergh..patot la suka tulis cerpen... asyik dapat A+++ je BM dulu.. hahaha.

Mehmed Nouri berkata...

maen tanah liat..bertikus

Cheno Chenonet berkata...

ohh ko anak sulung ek rupenyeee??
hehe tahniah la dpt markah tetinggi kelas 3mawar..bangge aku jadik kawan kau -.-

Cik Sabby berkata...

Macam mana nak follow. tak napak sign Follow pon.

ENCIK TIKUS berkata...

pergi dashboard > add > masukkan link then boleh lah follow =)

alexa yussida berkata...

fullamak best student sejak kecik doe...mantop!:)

plastesin pon boleey kan abah kan ..keke

Cik Sabby berkata...

ThankYou

ENCIK TIKUS berkata...

yeah ur welcome =)

Hayati Hamzah berkata...

haha rasa nak lempang baca "Walaupun sebelum nie gua sudah banyak kali dipuji kerna kecemerlangan gua dalam pelajaran tapi perasaan malu tue sentiasa menjengah. " :))