Khamis, Mei 5

ROZITA CHE WAN

Ini cerita 3 tahun lepas, masa tue gua baru berjinak-jinak dengan scene nak jadi brader brader besar. Orang kata baru nak belajar menghisap rokok, buat vandalisme, potong barisan bila beli makanan dekat kantin, tak bayar 50 sen bila masuk dekat tandas ground floor Plaza Alam Sentral. Memang going to be betul gua masa tue.

Dan antara member pedajal yang selalu bersama sama dengan gua, Mail namanya. Sebaya dengan gua walaupun dekat sekolah ramai panggil dia katik. Katik katik pun tapi perangai macam setan. Pernah pancitkan tayar kereta guru disiplin sebab dendam punya pasal. Tak silap gua pasai dia kena denda baca nasyid Asmaul-Husna depan semua pelajar time assembly. Malu betul Mail bila gadis pujaannya iaitu Marissa ada masa assembly itu jam.

Nak cerita pasal Mail nie dia jenis berani punya orang. Kalau ada member member gaduh dia lah taiko. Dia lah yang tolong backup member. Dia jugalah yang sudi berkongsi duit belanja bila member2 lain takde duit. Almaklumlah Mail nie anak orang kaya sebenarnya. Jadi masa cuti sekolah akhir tahun dalam bulan 11 cenggitu, gua pun plan nak ajak Mail bermalam dekat kampung gua. Area Batang Berjuntai jea pun. Takdelah jauh mana. So tanpa banyak bicara Mail nie pun setuju. Ingat nak bermalam 3 hari 2 malam tapi memandangkan Mail nie akan terbang ke Amsterdam petang esoknya jadi kami bermalam hanya 1 malam.

Mula mula gua risau juga nak ajak Mail bermalam di kampung gua. Maklumlah Mail nie kan orang kaya. Takut jugak kalau dia nie jenis tak boleh kena gigit dengan nyamuk. Tak biasa makan petai dengan sambal belacan. Dan takut juga bila mandi nanti dia request nak mandi water heater. Tapi dia kata takpe. Gua pun malas lah nak bertanya lagi, gua kan nak masuk 'into' scene brader brader nie. So perangai tue kena molek sikit.

Kami sampai dalam pukul 10 cenggitu. Si Mail nie hari pertama dah ajak gua memancing. Gua bukan taknak tapi bila kenang balek pengalaman kaki kena sengat ikan keli gua dah tak berani nak turun padang. Tapi di sebabkan taknak kena bahan dengan Mail, gua pergi. 3 jam setengah memancing dapatlah 3 ikan. 2 dari Mail 1 dari gua. Gua dapat ikan sepat.

Malam sikit gua ajak Mail lepak dekat rumah Pak Ngah gua. Pak Ngah gua nie bekas askar, jadi rumah dia memang meriah dengan cerita-cerita adventure dia time jadi askar dulu. Ada satu cerita dia story dia berbalas tembakan dengan 6 orang komunis. Di sebabkan Pak Ngah gua nie handal menembak keenam-enam komunis tue tumbang kena tembak. Gua dengar pun nak taknak percaya. Takut juga orang tua nie menggebang anak-anak buah dia. Muka macam kuat gebang.

Tepat pukul 10 malam gua dengan Mail pantas menaiki motor ke rumah Pak Ngah gua. Nak jadikan cerita kami kena lalu satu kawasan kubur. Sepanjang gua dengan Mail melintas dekat kawasan perkuburan, kedua belah lengan Mail begitu kuat merangkul pinggang gua walaupun secara jujurnya status kami bukannya gay.

"Kau apehal Mail peluk-peluk aku ?"

"Badan kau sedap doe, tue yang aku peluk"

"Babi.."

Gua tanpa persoalan terus mem'press' pedal minyak walaupun pada hakikatnya berat gua waktu tue cuma 45 kilogram.

36 ulasan:

miss no name berkata...

mana rozita che wan nye??


eh, seyes ke badan kau sedap?? haha

Encik Psychopath berkata...

kubur je kot. mana rozita ?


motif?

Noor Aqillah Majid =) berkata...

dah agak, tajuk mesti takde kaitan. kahkah.




saket mate aku bace weh >,<

hiro berkata...

baca hujung-hujung da dapat tahu apa lu nak bebel..

keh2

Liyana Lunia berkata...

tak baca langsung.

BOLEH TAK? uwuwuw

panggil je Ana. berkata...

haha lama tak baca blog encik tikus. akan start balik baca sampai lebam macam dulu.

*kau kerempenggggg apa tah yang sedap nak peluk tah HAHA!

GamUHU berkata...

lu tension ke hape nih?

Black_roses92 berkata...

haha,...incik tikus memang hobi buat entri tak ada kaitan ngan tajuk. wat org teruja je.. haha..

fast yg slow berkata...

alahai.killjoy la lu!

...:i'm ezza haniza:.... berkata...

badan sedap cm rozita cek wan!hahahaa

Askrie Hishamuddin berkata...

tolong tukar background hitam kepada putih takpun biru laut, pink ke. sakit mata doe baca :'(

mana rozita che wan? bersungguh-sungguh aku gi blog kau

vampire's lovex berkata...

oii ringan gila ko...



minum sup hari2 ke oiii.



haha

ghost writer berkata...

cilakak...

gua dah bajet dah mesti last sekali jumpa rozita kat kubur.

hampeh!

DuniakuAbstrak berkata...

kau nak cakap badan kau sedap macam badan Rozita che wan la ni kan?

ENCIK TIKUS berkata...

miss no name : mane aku.. kau kena tanya si Mail tue..

Encik Physcopath : act rozita pun aku tak kenai sape doe..

Aqillah Majid : sakit mata ? haish lucah sangat kea cerita yang aku karang nie..

hiro : kau kena baca dari awal untuk mendapat kepuasan maksimum doe..

Liyana Lunia : alaaa kau bukannya minat membaca pon.. takpe aku maafkan..

AnA : bagus.. lama dah kau menghilang... baca jangan tak baca..

GamUhu : ini namanya lepas tension taw..

black_roses92 : ada kaitan tue.. cuba cangkul lagi...

fastjoylu : killjoy ? mende tue ?

i'm ezza haniza : sedap tak sedaplah sampaii si mail peluk aku kann... hahaha

Askrie : oh yekea ? okey aku try tukar nanti.. =)

vampire's lovex : alaa itu masa dolu2... sekarang dah naik dah woi.. haha

ghost writer : lu terkena beb.. haha

duniakuabsrtrak : sedap tak sedap lah kan.. cuma bezanya aku takde dua gunung mantap macam rozita..

cik ciput berkata...

encik tikus....



nape entri xde kena mengena dgn tajuk pon..huuuuuu

ENCIK TIKUS berkata...

cik ciput : aaa act tak tahu nak letak tajuk ape.. haha

panggil je Ana. berkata...

rupanya kau sedar aku menghilang. nak nangis ahh camni HAHAHA!

ENCIK TIKUS berkata...

ANA : tak payah lah nanges, aku takde tisu woi..

SWEET LENS berkata...

mencik ah xde kene ngene pun. bace setgh jer dah tau. haha T__T

ENCIK TIKUS berkata...

sweeet lens : kikiki, ;B

ReenAppLe berkata...

rozita mana???tetiba jadik mail nie... hahahah

Lieyly ︱ Alia berkata...

HAHA , sama2 penak0t neyh !
HAH , mnanya r0zita cekwan neyh ?
pulun cek tgu2 r0zita cek wan ! :D

Far8 budak baik berkata...

peluk je dowh..
dy yg nk kot..
hahahahaha..

ENCIK TIKUS berkata...

reenapple : yang sbnrnya rozita dah bertukar jadi mail, hahaha

Alia : agak agak dia dekat mane ?

far8 budak baik : baiknya kau..

NAJ HEBAT berkata...

benci rozita che wan.

Aku warga mrsm kuantan membenci beliau.

sekian.

k. bye sayang.

NAJ HEBAT berkata...

disebabkan ter-annoyed dengan tajuk. inti entry gua tak baca. hue hue.

ama berkata...

apa kaitan press minyak dengan berat 45 kg? eh

Pyka Rahmat berkata...

celah mana rozita nya? mail.. mail..

Hayati Hamzah berkata...

wahahha. kontrol macho plak mael :))

Klara Naimm, berkata...

macam nak mencarut pon hado. wei paris, mana rozita? rozita? tajuk dengan isi lari banyak. nilah masalah budak2 skg nak buat karangan.

syahira ariff berkata...

tu lah
org dah kata
apabila berdua duaan di tmpt gelap
kwsn sunyi mcm kubur plak,syaitan akn jadi org ketiga
jauhi la kamu dr tutttt

d.e.e.n.a.YAYA berkata...

cam sengal jewk....tade kaitan betulll...hoho

hentakbelipat berkata...

kira mail tengah sedap bayang dlm kepala badan kau mcm che rozita ke camne?

ENCIK TIKUS berkata...

NAJ HEBAT : kalau yea pun lu benci atleast baca lah entry gua nie.. taip menaip tahu ?

ama : ada kaitan,,. cuba fikir...

pyka rahmat : haish.. mail lah mail...

hayati hamzah : tapi dia takde kereta control.. kesiankan ?

klara naimm : cakap pasal buat karangan, rindu dekat cikgu kamariah.. isk..

syahira ariff : *istighfar*

d.e.e.n.a YAYA : dah makan ?

hentakbelipat : salah.. cuba lagi hentak woi..

miyot berkata...

ngohngohngoh