Isnin, 20 Jun 2011

PENDEKAR UDIN

Suatu petang ketika gua lepak-lepak di beranda rumah sambil kunyah kuaci. Kelihatan satu kelibat datang bersenjatakan parang dan tali pinggang. Gua rilek memandang.

" Hoi ! "

Gua lekas bangun seraya tersengih memandang segerombolan lelaki dalam lingkungan 4-5 orang.

"kau nak apa ? tak puas kena tibai macam itu hari ?" jerit gua lantang iras-iras Pendekar Hang Tuah lakonan M.Nasir.

"aku nak tuntut kekalahan aku balek, tapi kau kena lawan kami semua.. ada berani ?" jerit Mihat selaku ketua sambil angkat-angkat kening yang ada parut belah kanan.

Gua lompat setinggi gunung dari kawasan beranda.  Setelah jejak ke tanah gua buka pencak silat gunung daik bercabang tiga tanda menyahut cabaran. Maka keluarlah segala guruh dan petir menyokong gua dari belakang. Sementara itu, Mihat dan geng-gengnya tercampak dek kekuatan guruh dan petir yang sambung menyambung. Gua memandang sinis.

"Tak guna kau udin !" jerit salah seorang ahli kumpulan Mihat sambil menghunus pedang laser ke arah gua.

Gua mengelak ke kiri lantas gua segera mengayun kaki gua tepat ke gegendang telinga mamat tersebut. Tersembam jatuh dia sebijik macam nangka busuk. Gua mengaktifkan jurus Kage Bushin No Jutsu. Kepala mamat tadi berkecai serta-merta.

Mihat yang daripada tadi melihat gua membelasah orang-orangnya tanpa belas kasihan segera berlari meninggalkan gua keseorangan di situ. Gua cuma memandang Mihat dan konconya yang terselamat melarikan diri. Gua tersenyum sambil tangan kiri menyalakan rokok Dunhill Fine Cut sebatang.

17 ulasan:

Faraa Eiman's berkata...

haha , karut2 ! xD

pemuzik jalanan berkata...

Ohsemmmm sangat laa tu? Perghh.

Lieyly ︱ Alia berkata...

sangat3 ohsemmmmmm ! HAHAH ~

semat lew tuh dgn rokok dunhil dia..

cik ciput berkata...

Kau kenapa tikus? nak fight eh? mehhhh! =p

dylli berkata...

macammana boleh menghayun kaki ke gegendang telinga?
bukan ke gegendang ada dalam telinga? :P

Ungu berkata...

kau tipu. pedekar ohsemm tak hisap rokok.

pendekar ohsemm hisap jari.

ReEnaPpLe berkata...

AKU pom pandai gak silat3 nie... asal tak ajak aku .. wahahaha

vampire's lovex berkata...

berangan !!! nak angkat tangan bagi penampor pon tak larat...hahahah...

alexa yussida berkata...

imaginasu melampau.wek2 la!!!


hehe

ghost writer berkata...

WOHA!!!lu sudah penuhi hari-hari gua dengan aksi pendekar mustar berkuasa 'powder'..lu boleh ganti mail lambung lepas nih.aku dengar dia mati kena gelek steamroll masa nak kutip duit along.

celaka,lu buat gua ketawa time nak zohor.

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

oi ape niiii tipuuu !!

Mehmed - berkata...

kau boleh tahan dahsyat la..Ahaks! aku ada jurus lintang pukang..nak tuntut?

Pyka Rahmat berkata...

o yeke?

Raden berkata...

tlg ajar aku jurus kage bushin non jutsu juge!

Liyana Zahim berkata...

Buat novel pon sodap ni.. Hahaha.. Overrrr dan tersungguh overr!

DuniakuAbstrak berkata...

hahaha

nice

lu tak mengecewakan wa..

ENCIK TIKUS berkata...

tetiba gua rasa malas pulak nak balas komen. arghh dem dem