Isnin, Julai 4

KACANG REBUS 300 GRAM

Kacang rebus.

Popular dikalangan peniaga-peniaga di pasar malam malahan orang kampung juga mengenali apa itu kacang rebus. Kacang rebus adalah satu kombinasi setelah kacang tanah yang telah direbus selama beberapa jam maka dipanggillah ia sebagai kacang rebus. Kita mulakan cerita.

Setelah beberapa jam berhadapan dengan sesakan lalu lintas sekitar lebuhraya Karak, gua beserta keluarga memberhentikan kereta di sebuah perhentian R&R. Usai menunaikan solat Asar, gua secara berseorangan mengambil peluang masa yang terluang untuk berjalan-jalan sekitar premis-premis makanan yang ada disitu.

Setelah 1 minit lebih meninjau, gua tertarik pada premis yang menjual 'Kacang rebus online'. Dalam hati tertanya-tanya jugak kenapa kacang rebus online ? kenapa tak kacang rebus pak ali ? sebab almost orang yang berniaga kacang rebus yang gua terserempak semuanya bernama Pak Ali.

Tapi setelah beberapa saat meng'ushar' baru gua tahu kenapa. Kemain ralit owner premis kacang rebus online itu bermain twitter, facebook dan laman sosial yang lain. Dasar pemalas. Dasar perangai macam beruang kutub selatan.

Gua tanpa banyak soal bicara terus berteriak, "Bang kacang rebus nie kira macam mane ?" . Gua mengharapkan jawapan yang telus diberi akan tetapi owner terbabit hanya menunding jari ke arah satu papan kecil sambil berkata "tengok dekat sana". Terlihat suatu catitan disitu "3 ringgit for 300 gram" , amboi kemain owner nie tulis dalam bahasa inggeris. Gua mengangguk paham lalu gua buat simbol 3 ringgit tanda membidas diatas perbuatannya sebentar tadi. Dia pun mengangguk paham lalu menaikkan ibu jarinya keatas menandakan "okey". Celaka punya owner, pesen pemalas nak cakap.

Setelah selesai berurusan dengan peniaga pemalas terbabit gua masuk ke kereta dan letak kacang rebus yang baru dibeli tadi di tengah-tengah antara kerusi driver dan kerusi pembonceng. Adik lelaki dan adik perempuan gua memandang pelik tatkala melihat gua begitu asyik mengupas dan mengunyah kacang rebus itu. Gua makan sambil angkat-angkat kening beberapa kali kepada adik-adik gua.

"abang long apa tue ?" tanya adik perempuan gua.

"kacang rebus tadi abang long beli, ambiklah rasa" gua menghulurkan sebiji kacang rebus yang telah siap dikupas.

"Amacam sedap tak ?"

Kelihatan adik perempuan gua sedikit menggeletar ketika mengunyah dan menelan kacang rebus itu.

"sedap tak ? apa rasa dia ?" gua bertanya sekali lagi kepada adik perempuan gua.

"Sedapnya.. rasa macam hotdog!!".

24 ulasan:

Raden berkata...

sebenarnye ko nk racun adek ko kn?

dylli berkata...

PEMBONCENG eh?
first time dengar seat PEMBONCENG kereta.
HAHAHA..

Faraa Eiman's berkata...

kacang rse hotdog ? sengal !
kahkah

teeha berkata...

kacang kudee

Lieyly ︱ Alia berkata...

pemalas kalah neruang kutub..lawak2..
ada ka kacang rasa mcm tuh ?

muahahaha , *bergurau kan en.tikus??

Sharifah syazee berkata...

kcag-hotdog???=.="

vampire's lovex berkata...

kah kah !! penipu besarrrr... bila pulak hotdog digaul dengan kacang rebus....

Hayati Hamzah berkata...

len kali wat isyarat org bisu kat dia bia dia rasa.

bunbun berkata...

hotdog?

cik ciput berkata...

hoi hoi..nape kacang rebus rasa hotdog?

syahira ariff berkata...

aku syak tu kacang rebus kangkang
hanya orang tertentu dapat merasanya seperti hotdog

syahira ariff berkata...

kompang dipalu
pengantin baru
moga bahagia
hingga anak cucu
aku taktau taste kau dlm bidang muzik mcm ini!
ouch

ENCIK TIKUS berkata...

raden : manade, adik akuu tue hensem dan cun.. aku takkan tamatkan riwayat diorang cenggitu jea woi..

dylli : betullah kerusi pembonceng.. jgn ragu-ragu.. memang namanya kerusi pembonceng..

faraaa : act aku pun tak tahu macam mane dia boleh cakap macam tue.. tapi bila tengok bentuk dia memang macam hotdog..

teehaa : aaaaa minnyak kudeeeee..

alia : neruang ? kamu typo.. kamu typoo.. booooo..

sharifah : tolonglah yeakan aje.. kang adik aku nanges baca komen kau nie..

vampire's lovex : hai.. awak dah makan ?

hayati : amboi.. dia yang marah lebih dari si penulis.. lol

bunbun : kenapa ? kau baca apa ? hedgog ? dugoong ?

cik ciput : tanyalah adik aku.. aku mane tahu..

syahira ariff : okey komen kau yang last tue bikin gua ketawa.. haha.. amboi mentang2 dah habes exam kemain...

Pyka Rahmat berkata...

gua peduli apa lu abang long ke ayahanda ke Kajang ni gua yang punya.

nak kacang sebijik.

reenapple berkata...

owh.... kacang rebus online rasa cam hotdog eh.....hahahha

Encik Psychopath berkata...

gua dah khatam sperma cinta. gua rasa lu dah taksub gaya penulisan linglung. LOL.

plumpy.tootsie berkata...

lu beli kacang rebus peniaga itu ataupun hotdog peniaga itu?baik lu ckp terang-terang dgn gua.

cik amar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
teeha berkata...

minyak kudeee? ade ke?

|arieza| berkata...

mujur x rasa sayur.. :p

ENCIK TIKUS berkata...

pyka rahmat : samseng mane mintak mintak weyh.. booooo

reenapple : kau nak cuba ? ada lagi nie baki kacang rebusnya..

encik psycho : act penulisan gua dengan dia lebih kurang sama jea.. tapi dia legend..

plumpy.tootsie : aaa kaccang rebus ! serius gua ta tipu !

teeha : amboi kemain minyak kude..

arieza : kalau rasa sayur kompem pengsan dekat situ jugak.. serius..

melle amir berkata...

hotdog? okaaaaaay

teeha berkata...

hahahaha , minyak kudee -___-

ENCIK TIKUS berkata...

melle : gelaklah sikit woi..

teeha : hurmm komen kau same jeaa..