Selasa, Julai 12

KATA MATI KAU

Mana lagi aku mahu buang perasaan ini ?

Kau mahu aku bungkuskannya di dalam kotak atau kau mahu aku lemparkannya di dalam tong sampah ?

Atau kau mahu aku buang perasaan ini ke ruang infiniti ?

Kau cuma diam. Kau cuma tersenyum.

Mana lagi aku mahu luahkan isi hati aku selepas ini ?

Kau mahu aku luahkannya kepada binatang bernama babi atau kau mahu aku luahkannya kepada batu yang tidak bernyawa ini ?

Kau cuma diam. Kau cuma tersenyum.

Mana lagi aku mahu lepaskan tensi aku bila aku marah selepas ini ?

Kau mahu aku lepaskannya pada adik kau yang cacat itu atau kau mahu aku lepaskannya pada abang kau yang kudung kakinya itu ?

Kau cuma diam. Kau cuma tersenyum.

Kau memang lelaki dayus ! Lelaki tak berguna !

Kau masih diam. Dan kau masih tersenyum.

Kau bangun dari sana dan datang perlahan-lahan kepada aku.

Kau hulurkan kepada aku satu gumpalan kertas yang sudah renyuk.

Lalu kau berjalan meninggalkan aku keseorangan.

Aku buka gumpalan kertas tersebut dan mataku tertancap tajam pada sebaris tulisan.

‘Aku sayang kau sampai mati’.



p/s : amacam ? gua tengah try nak into dengan scene puisi madah bagai nie. ada bakat tak ? *sambil angkat-angkat kening dua tiga kali*

23 ulasan:

Afiq Sahidi berkata...

nice!!

Syue berkata...

Ada bakattt! :D Boleh laa jadik puisi-er (eh, ada ke perkataan ni. hahaaha)

Jamban Comel berkata...

cam emo je ,tapi layan beb hak3

i'm ezza haniza berkata...

pengsan! kau terlalu puitis!

plumpy.tootsie berkata...

sume puji.aku tak.aq tak suke.sbb aq xsuke org yg cume senyum tnpa berkata apa-apa.

speak la woii!

keh3

vampire's lovex berkata...

aku bengang betol kalau aku bebel2,org tu diam..rasa nak tetak tahu...

ingat kan salah masuk blog tadi oiiii..kemain puitis bagai..tahu la makin tua hahahaha

Scya Lollita berkata...

mkin berumur mkin pndai susun ayat . ade mkne k?

Pyka Rahmat berkata...

samseng dah pandai dah madah berhelah. kahkah

O'gosh berkata...

peeewwwwiiittttt...!!!

SweetyMui2 berkata...

perghhhh..ada bakat! :D

Queen F berkata...

ada bakat! :D

perghh otai otai jugak dalam hati ada taman rupanya.. :P

Qaseh dalia adelia berkata...

suka laki mcm tu ..ego tapi dalam ego tu buatkan kita rasa yaAllah .. menangis babe! haha

izzad b* berkata...

aum2 best2!

Lieyly ︱ Alia berkata...

wooo xsangka en tikus trer jgk madah2 puisi bagai neyh ^^

bagus2 ;)

cik ciput berkata...

wah, ada bakat la lu! lagi, lagi!

Hayati Hamzah berkata...

ala , tanak la kasi adik dia cacat .tukar tukar !

Faraa Eiman's berkata...

kenapa aku rase sebak ouh ?
aishhh

syahira ariff berkata...

aku menanti novel bogel ala ala zahiril adzim pulak dr kau.grrrrrrrrr

DuniakuAbstrak berkata...

hampir klimax..keh3

Pyka Rahmat berkata...

weh puteri lu tepi ni en gedik sial. haha

miss no name berkata...

lelaki tu cool oke!

ismy azirah berkata...

nice :)

reenapple berkata...

awesome!!!