Khamis, Ogos 4

ALI MEMANG POWER

Gua ada seorang kawan. Namanya Ali. Umur sebaya gua. Satu perangai yang mudah buat gua bengkek, budak nie suka berlagak. Gua boleh betting sama lu, bagi dia duduk hadap lu dalam 1 hari. Kompem tak tahan. Kalau nak kata babi tue dia ada iras-iras sikit. Babi tak babilah si Ali nie. Power tak power gua bulan puasa cenggini kutuk-kutuk member belakang-belakang ? kahkahkah!!!

Ada satu hari tue Ali ajak gua lepak. Bila sudah kami berdua, lepak mamak BNS lah apa lagi. Kalau lu nak tahu mamak BNS antara kedai mamak terbaik pernah gua jumpa. Yang istimewanya pekerjanya boleh berbahasa melayu. Semalam masa gua berbuka dekat mamak BNS ada satu pekerja ucap dekat gua “Selamat Berbuka bro..” . Bila dengar banyak kali macam ayat Malik K.L gengster pun ada. "Cuti sudah habis bro.." . Amende lah gua merepek nie. Gua nak cerita benda lain.

Okey kita sambung cerita.

Jadi masa kami lepak-lepak tue gua saje-saje cabar Ali. “Kalau kau berani aku nak kau panggil mamak tue, lepas tue kau simbah air teh tarik gua nie dekat muka dia..”. Lima minit lepas tue betul-betul dia baling teh tarik gua dekat muka si mamak tue. Habis rugi air teh tarik gua. Cilake. Selesai cabaran pertama, gua masih tak puas hati. Maka gua cabar dia lagi. “Kalau kau berani aku nak kau mintak nombor tepon mamak dekat cashier tue..” sambil muncungkan mulut ke arah mamak cashier terbabit. Ali tersenyum. Lima minit lepas tue dia datang dekat gua berserta satu kertas yang tercatit nombor mamak itu. Gua ambik kertas tue dan bakar depan-depan Ali. Tanda gua tak puas hati. Gua bakar sambil buat muka penyu depan Ali.

Lepas pekena beberapa teguk air teh tarik yang ditempah baru. Gua cabar dia buat kali ketiga. "Kalau kau betul-betul lejen, aku nak kau tepuk-tepuk bontot mamak tukang buat air tue 3 kali... lepas tue kau usap-usap bontot dia.. amacam ?" . Dahi Ali berkerut.

"Kalau aku buat apa ganjaran yang aku akan dapat ?" soal Ali tidak puas hati.

"Gua akan belanja lu tiap-tiap malam pekena roti sardin.. amacam ?" time tue zaman roti sardin baru nak up. Siapa yang dapat makan memang dipanggil 'orang kaya baru'.

Ali bingkas bangun selepas beberapa minit mempersiapkan diri. Dia selaku bekas Komander Kadet Remaja sekolah memang seorang yang berani. Berbekalkan badannya yang besar dan berotot. Betis yang sebesar meriam buluh dan penumbuk sebesar kepala lutut memang orang takut nak cari pasal dengan dia. Teringat lagi kenangan Ali menangis sebab mainan robot gundamnya dirampas oleh ustaz ketika disekolah.

Daripada jauh gua lihat lama jugak Ali berborak dengan mamak tukang buat air tersebut. Orang kata ambik hati tuan rumah sebelum buat pekerjaan terkutuk. Dan dari jauh gua nampak Ali sedang memperlakukan tugas yang diberi dengan begitu rakus sekali. Gua tersenyum lebar. Ali memang power..

Dua minggu selepas kejadian gua dengar cerita Ali sudah mula join group budak-budak tabligh.

23 ulasan:

kAziShA berkata...

Haha! Ni kisah benar ke rekaan je ni?

May Maisarah berkata...

Kim salam kt Ali! =))

May Maisarah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Lieyly ︱ Alia berkata...

terlebih berani neyh ~

atikamohdnor berkata...

hahahahh . .
berani gila si Ali tuu .

MyzaAli berkata...

Ali ke farith syafiq ni? hehe

cik ciput berkata...

fuhh..biar betul si ali nih..ok aku admit, dia memang power..huhu..

*ape citer ali sekarang?

ENCIK TIKUS berkata...

ali kini dah jadi budak yang baik.. jadi ustaz..

reenapple berkata...

ending yang terbaik...

ghost writer berkata...

johnWi,baik kau tarik dia kuar dari tabligh.aku risau sebab power dia nanti habis budak-budak tabligh yang lain dia tarbiah sama.

Umie Artoqiemie berkata...

ali yang dulu kuang hajaq kini..

imam muda.

Afiq Sahidi berkata...

ali memang terbaik!!

Encik Psychopath berkata...

ali dapat hidayah dr bontot mamak kot.

blog-tips-kurus berkata...

Alhamdulillah.. harap2 dia tak lupa anak bini.

lavender harum wangi berkata...

alhamdulillah. power jugak bontot mamak tu.

fairuz berkata...

haha kesian ali. walaupun dah jadi ustaz, dia kene kutuk kaw2 oleh kawan dia yang tak berhati perut ni. sungguh cilake, orang advance mencarut cakap. kbai

ENCIK TIKUS berkata...

amende yang kau komen nie fairuz ?

zazaw berkata...

kawan kau rock.
kehkeh

Qaseh dalia adelia berkata...

yg ko g cabar mcm2 tu nape haha ...

DuniakuAbstrak berkata...

jadi

usaplah bontot mamak untuk bertaubat

Heidi Shafiq berkata...

hati kering.. respek..!!!

Rain berkata...

antara dua..

percaya atau tak. haha..

ENCIK TIKUS berkata...

baru sekarang gua paham komen si perus.. cilake..