Isnin, Ogos 1

RAMADHAN DATANG LAGI !!

Bulan ramadhan datang lagi. Bulan yang mulia daripada 1000 bulan. Setiap amalan akan diberi ganjaran berkali ganda. Setiap perbuatan baik diberi pahala. Bulan Ramadhan bulan untuk 'kita'. Bulan ummat Islam. Bulan ramadhan juga sering kali dikaitkan dengan aktiviti berpuasa. Macam intro karangan budak pmr pulak.

Berbicara mengenai berpuasa, gua telah diajar untuk berpuasa seawal gua berumur 4 tahun. Waktu tue gua berpuasa tak ikut 'time pejabat'. Gua akan setat berpuasa bermula daripada pukul 8 pagi sehingga 12.30 tengahari. 4 jam setengah. Dan bagi gua sebagai budak berumur 4 tahun, 4 jam setengah menahan lapar memang gila. Gua berjaya habiskan puasa 4 jam setengah gua sampai ke hari 30. Bangga tak bangga lah gua masa emak gua ceritakan balek ke gua. Lu orang ada ke setat berpuasa umur 4 tahun ? riaknya gua. kahkahkah !

Meningkat pada umur 5 dan 6 tahun. Time pejabat gua telah dinaik taraf daripada pukul 8 pagi sehingga jam 3 petang. (Perkataan 'dinaik taraf' yang gua taip kena rapat kea tidak ?) 7 jam gua berpuasa. Dan sebagai budak berumur 5-6 tahun, 7 jam tue memang waktu yang lama. Maklumlah masa berjalan time gua kecik-kecik dulu perlahan. Sekarang laju kemain masa berjalan. Dah beli roller blade pakai duit raya tahun lepas lettew.

Jadi apa yang gua cuba sampaikan di sini disiplin perlu ada dalam diri seseorang. Tak kisah lah lu umur 4,5 atau 6 tahun tapi sebagai seorang muslim atau muslimah anda memang perlu belajar berpuasa. Wajib berpuasa pada yang sudah dewasa. Gua dah tambah bacaan surah Maryam dekat sidebar kanan. Kalau diri tue rasa dah banyak sangat dosa bolehlah tekan butang 'main'.

Sudah petang cenggini perut memang lapar. Nasib nenek gua tuweet gambar kuih tepung pelita buat pengubat tahan lapar. Kejap lagi ada bazaar Ramadhan, roti boom, kuih tepung pelita, roti john, air tebu, roti jala semua dah ada dalam list. Kepada yang membaca Selamat Berpuasa gua ucapkan. Bagi yang lelaki rajin-rajin sikit pergi terawikh.

Gua baru lepas beli kain pelekat gajah duduk. Warna cekelat-cekelat pastu ada petak-petak. Minggu depan gua terai masukkan dalam entri. Bau kedai lagi taw. kehkehkeh !

13 ulasan:

syAzAnA berkata...

POWER gilaaaaaa lu. haha.

makan tuh biar banyak2 sket okayyy!


;)

Miss Izah Mohamed berkata...

selamat bpuasa encik tikus :)

Faraa Eiman's berkata...

mak aku cakap 'tak payah nak riak sgt la !
anak dia yg nieyh blaja puasa since dalam kandungan lagi'
muahaha ;p

weyhhh , slamat bpuasa la JB ! ;p

ENCIK TIKUS berkata...

selamat berpuasa syazana, aunty and fara..

Muntos berkata...

hey puteri tak puasa hey hey

Lieyly ︱ Alia berkata...

woo dasyat , 4thun dah start posa..HAHA ! :D

mkn jgn bnyak2 sngt..

Umie Artoqiemie berkata...

bau cina lahh. eaaaa, ade kain plekat baru.

puteri kat sidebar x puasee!!

ENCIK TIKUS berkata...

power tak power arghh gua en ?

woi puteri binatang.. buat apa pose.. arghhh..

ain mazlan berkata...

terbaik dri en.tikus..... heeee

cik ciput berkata...

pndai nenek kau tuweet gambar eh? haha

*tikus, selamat berpuasa..ramadhan kareem!

akema yazid berkata...

aku dah bagi putri makan racun tikus..
esok lusa ko tgk, dia benafas lagi ke x..
hahaha..:P


*salam ramadhan al mubarak. harap2 kita semua istiqamah dlm b'ibadat, bkn hanya di bulan ramadhan semata2. :D

reenapple berkata...

samat berpose jugak...

mrs. jackob cullen berkata...

huhuhu.. perkataan dinaik taraf dah betul la tu. eja secara terpisah sebab dia ayat majmuk yang tak mantap (pkataan yg x boleh berdiri sendiri)
hoish.. :P