Jumaat, 16 September 2011

KAPAK EMAS MILIK AZMIR

Kelihatan Azmir duduk termenung bersendirian. Azmir berusia 23 tahun. Seorang yang forever alone dan gemar membela kucing. Kerja beliau hanya melepak 24 jam. Dan kalau nak diikutkan, gelaran 'kutu' memang boleh diberi kepada Azmir. 'Azmir budak kutu' . Bukan budak kutu yang dapat duit kutu tiap-tiap bulan ya.

Sedang leka Azmir termenung tiba-tiba port dia tengah melepak bergegar. Bergegar seperti mahu jatuh jantung Azmir. Kuat sungguh. Azmir segera mencari punca gegaran tersebut lalu dia ternampak sebuah lembaga bulat-bulat kecil-kecil dibelakang pokok yang dipenuhi dengan kepulan asap.

"Siapa di sana ? baik kau keluar sekarang.."

Perlahan-lahan lembaga itu keluar dari kepulan asap. Terjojol disitu satu bentuk yang amat Azmir kenali. Ya itu doraemon yang selalu dia tonton di telebisyen !

"kau doraemon ke ?!"

"ya aku lah doraemon.. pahal ?"

"wahh.. aku teruja dapat jumpa kau.."

"disebabkan kau orang pertama yang jumpa dan mempercayai aku adalah doraemon, maka aku akan tunaikan 1 permintaan kau.." kata doraemon tersebut.

"1 permintaan ? wah terujanya aku doraemon.."

Azmir mengerutkan dahi memikirkan permintaan apa yang dimahukannya.

"okey.. aku mahukan sebilah kapak emas yang amat tajam.."

"baik.. kau tutup mata dan kira sampai tiga.." - kata doraemon itu.

"satu.. dua.. tiga..."

pooff !! sebilah kapak emas muncul di hadapan Azmir.

"Wohooo.. aku dapat kapak emas !! balik boleh tunjuk dekat mak.. wuuushaaaaa !! " - Azmir terpekik-pekik keriangan.

"Baik.. masa aku di sini sudah habis.. aku mahu pergi ke tempat lain.. aku haus ni.." - doraemon meminta diri.

"Ehh tunggu sekejap.. aku mahu tanya sesuatu.."

"Apa dia ?" - doraemon kehairanan.

"Poket ajaib kau itu.. boleh berfungsi ke walaupun tanpa kehadiran kau ?" - tanya Azmir.

"Tentulah boleh.. asalkan kau tambah 2 ketul bateri AA dibelakang poket tersebut.."

"ooooo.. macam tuuuuu..." - balas Azmir menamatkan perbualan.

Petang itu Azmir pulang ke rumah sambil ditangan kanannya memegang kapak emas yang tajam dan ditangan kirinya pula memegang poket ajaib milik doraemon.



14 ulasan:

kim heeruul berkata...

blurrr..
k la aku gelak..keh keh keh..

nub berkata...

hehe. semartt lah azmir

Wadi AR berkata...

bagos azmir

Mya berkata...

kehkeh. doraemon pun ada =p

pemuzik jalanan berkata...

Aku cuma nak tanya satu soalan je.
Doremon tu sejenis tikus ke ek?

ENCIK TIKUS berkata...

aku rasa dia sejenis tikus jugak.. tikus comel..

alexa yussida berkata...

spesis tikus tak takut doraemon?bukankah doraemon seekor kucing ? :p

ENCIK TIKUS berkata...

kucing pomboley.. dia makhluk ajaib..

reenapple berkata...

pergh... doraemon...
tapi apa yang azmir nak buat dengan kapak emas tue???

Fara E's berkata...

bpandangan jauh ko nieyh , haha

teyhah berkata...

takat tu ja ka?

ENCIK TIKUS berkata...

habis nak sampai mana ?

Lieyly ︱ Alia berkata...

tiba2 teringat kt kucing , agak2 kucing kat rumah tuh doremon kot...ahahah !

YuiLight berkata...

Pandai Azmir...lol xD