Jumaat, Oktober 28

AH KAMON...

(Isi Pendahuluan)

Tepat pukul 12.00 tengahari gua sudah terpacak dihadapan cancelory. Niat pada hari itu ingin mengambil slip exam untuk menduduki exam kokorikulum petang nanti. Exam paling susah gila nak mampus. Sampai dikaunter tertampal satu kertas, “Pada hari ini cancelory dan segala jadah wilayah dibawah tampuknya ditutup.. hiks..” . Gua tersengih sorang-sorang. Sampai sahaja di kereta gua bermuhasabah diri sekejap.

“Babi ! Babi ! Babi !” – gua mencarut.

Lepas tu gua balik kolej sambung tido.

(Isi Kesatu)

Gua terbangun. Gua teneng pada jam dinding. Pukul 5.10 petang ? Ta ta ta ! Gua hempas ibu jari kelingking gua ke meja. Syukri dan Muaz (memang nama sebenar) terbangun. Mamai.

“Woi tonyoh mata kebenda lagi ??!! Exam dah startlah setannnn !!!” gua menjerit sekuat hati.

“K…” serentak 2 makhluk setan tadi menjawab.

“Babiiiiiiiilah korannngggggg !!!” gua menjerit lagi. Marah.

Gua capai kunci kereta dan terus meluru ke dewan utama.

(Isi Kedua)

Sampai sahaja di dewan utama gua lihat begitu ramai pelajar sudah berdiri menunggu giliran untuk masuk. Gua menghampiri Afiq Lashid (bukan nama sebenar) bertanyakan slip exam yang masih belum diambil.

“Ahhh lu relek je.. kalau pengawas tu tak bagi kitorang masuk.. gua dengan budak-budak gua dah setenbai nak pukul..” jawab Afiq tenang sambil memegang pembaris besi panjang

Sebelah kiri gua, terlihat sekumpulan pelajar memegang sekeping nota. “Ahh nota kokorikulum agaknya”. Jangka gua. Gua menghampiri Sham (bukan nama sebenar), seorang pelajar yang boleh tahan juga bangangnya.

“Woi.. tengok kejap nota kau..” gua minta dengan sopan.

Gua teliti setiap helaian nota dan pada satu helaian tertera disitu perkataan ‘kolektik’, ‘selektif’, ‘hyper-dynominasi’ dan ‘nyah-pro kontasisasi’ .

“Apekebenda semua ni ?!! Arrgggghhhhhhh…” gua mengamuk lantas mengoyakkan nota kokorikulum milik Shah. Dia kaget. Gua pula segera masuk ke dewan utama melarikan diri.

(Isi Penutup)

Gua pilih seat paling belakang. Seat yang paling strategik untuk bantai tido. Pernah sekali semester yang lepas gua kantoi sebab tido semasa peperiksaan dijalankan. Lalu datang seorang pengawas dan mengejutkan gua supaya bangun. Gua yang mamai terus mengambil kerusi besi tempat gua duduk dan gua hayunkan tepat ke kepala pengawas terbabit. Beliau mati ditempat kejadian. Itu semester lepas gua nak ceghite. Ganas tak ganaslah.

Di sebelah seat kanan gua, Naddia sedang duduk tenang membaca doa. Dia merupakan gadis yang paling hodoh untuk semester kali ini. Usai membaca doa dia memandang ke arah gua. Gua buat-buat asah pensel di depan dia. Sharpener brand Stabilo yang mak gua beli kelmarin begitu tajam. Sharpener kaler hijau.

Masa telah berjalan, 5 minit pertama gua habiskan dengan menulis nama, kad matrik dan kod subjek. 5 minit seterusnya gua isikan dengan menyelak setiap helaian kertas soalan. Gua buka helaian pertama dan gua baca soalan yang tertera.

1) Anda seorang pengawas, pada waktu rehat anda telah terlihat seorang murid telah membuang sampah ke ke dalam longkang. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan ?

A) Buat-buat tak tahu
B) Baca doa
C) Buat-buat pergi tandas
D) Melarikan diri

Gua tersengih. Gua capai pensel yang baru diasah tadi dan membulatkan jawapan yang betul. Hanya 20 minit sahaja masa yang gua ambil untuk menjawab kertas soalan kokorikulum. Selepas itu gua segera meluru ke kereta dan pulang ke rumah.

"Susah kepala jimbit dia..." keluh gua sambil memandu kereta pulang.

"Macam mana exam tadi ? Susah tak ?" mak gua bertanya sejurus melihatkan gua yang baru sahaja masuk ke rumah.

"Susah ? Ah kamon ma..." gua jawab sinis.

Gua capai singlet dan gua terus keluar pergi main bola lisut.

21 ulasan:

Fara E's berkata...

mencarut je keje , haha

_MuaZ l LeEtEuK_ berkata...

the fact is ko xtggu membe ...ahaha..rilex2 suda..

ENCIK TIKUS berkata...

fara : hehe..

muaz : ahh lu bengap sangat pi merevealkan diri dekat sini dah kenapa ?

Abang Zam berkata...

soalan koko mana pernah susah
lu xpayah pakai otak untuk jawab pun

Wadi AR berkata...

heh. soklan koko guna idong je boleh jawab

Lieyly ︱ Alia berkata...

mcm nk sekeh ja ang neyh en.tikus..ahaha !

kim heeruul berkata...

kah kah kah..baru gua tahu naddia yg paling hodoh sem lepas.
erkk..gua tak ada sem lepas..
btw,pehal tak mention nama mila ? kah kah kah

reenapple berkata...

first time aku dengar kokurikulum ada exam... hahaha

ENCIK TIKUS berkata...

abang zam : kalau lu takde sivik punya orang.. memang susah..

wadi : tak baik berlagak..

alia : hai alia..

kim : sape mila ? lu pulak sape ? gua tak kenal lah..

reen : subjek koko gua ada pergi main kayak.. best gila..

Cheno Chenonet berkata...

nah amek balek dosa aku pon termencarut sekali!
nah amek nah!

cik ciput berkata...

naddia gadis paling hodoh utk sem tu?tiap2 sem gadis hodoh bertukar2 eh?

asnizaziz berkata...

cte hapa ni?haha, x faham :D

ENCIK TIKUS berkata...

cheno : kakakaka..

cik ciput : yup.. sem lepas mimi yang paling hodoh..

asniza : haish lu ni dari twitter sampai ke sini pun tak paham..

maCy berkata...

emosi macy bcampur bace ni. haha

ENCIK TIKUS berkata...

kakakaka

Juno berkata...

ibu jari kelingking jari yang mana?
jangan kata kau ada jari extra.

Dan kesian Naddia.
mukanya hodoh, tapi hatinya suci.

ENCIK TIKUS berkata...

juno : ahhh luu selalu prihatin terhaddap kesilapan kesilapan gua... boleh jadi p.a gua ni... jari gua ada 7.. apedajal..

reenapple berkata...

cehhh.. sindir nampak. Sem ni ko-k aku daki gunung plak..=P

bella lim berkata...

belajar mana ni. ko-k kalau kena repeat memang memalukan keturunan, tahu? haha.

ENCIK TIKUS berkata...

reen : tak baik bohong time hari macam ni.. berdosa..

bella : ahh kamon...

SpitItOut berkata...

amboii nk exam pon smpt lgi ko mgata si Naddia tu... hahahaa