Sabtu, Oktober 15

DIARI HIDUP GUA

Rabu

Selepas habis kelas tepat pada pukul 10 pagi, gua menghantar member sekuliah gua iaitu Ayus ke klinik. Berdasarkan pemerhatian gua, simpton selsema, batuk-batuk ohok ohok dan sakit tekak yang dia hidapi kemungkinan dia akan demam. Dengan hanya menaiki kereta kancil berenjinkan enjin curik, dalam masa 5 minit gua dan Ayus sudah terpacak di depan klinik. Sampai di kaunter gua lihat Ayus kemain mesra berjenaka bersama gugirl di kaunter. Mungkin Ayus selalu lepak di sini. Gua buat andaian.

Sedang kami duduk menunggu giliran gua terpandang satu tanda nama dipintu bilik. Mungkin tanda nama doktor barangkali. Tertulis di situ 'Dr.Noor Asmara'. Dalam hati gua bisik mesti lawa tuan empunya doktor. Nama pun dah ala-ala drama Asmara gittew !

Nama Ayus dipanggil. Ayus segera bangun dan menuju ke bilik doktor. Disebabkan gua tak ikut Ayus masuk, gua lunjurkan sedikit kepala untuk melihat tuan empunya doktor. Gua lihat satu bentuk berkepala botak dan berjantina lelaki. Gua mengucap panjang.


Khamis

Gua sudah pun mengalami simpton selsema, batuk-batuk ohok ohok, sakit kepala, pening kepala dan juga lemah badan. Senang ceghite gua dah nak demam tapi gua tetap berfikiran positif. Memandangkan pada petang ni gua ada kelas maka gua kena gagahkan diri. Melentur buluh biarlah dari rebungnya! Okey gua pun tak tahu apa kena mengena.


Jumaat

Pada hari ni gua terpaksa bermalam di kolej member. Sebelah malamnya gua dan teman yang lain ada test yang perlu dijawab. Sakit tak sakit gua ketepikan dulu. Ustat gua kata setakat sakit kalau nak dibandingkan dengan perjuangan menuntut ilmu itu baru sikit. Ada lagi orang yang patah tangan patah kaki tapi tetap pergi juga ke kelas untuk menuntut ilmu. Kata-kata tu gua pegang sampai ke beso ni hah.

Lepas habis test gua dan kawan-kawan yang lain lepak dahulu di foodcourt untuk menjamah dinner kami. Malam tu gua hanya sempat membedal satu biji berger, sebotol air kosong dan sekotak tisu.


Sabtu

Hari ni gua demam. Cilake...


p/s : penyakit itu penghapus dosa.

21 ulasan:

reenapple berkata...

jangan lupa makan ubat ya..=)

wunny berkata...

oh kesiannya kena simptom batuk ohok-ohok. penat kot berbatuk.

get well soon! ^^

Abang Zam berkata...

get well soon!

uweek

ENCIK TIKUS berkata...

tenkiyuu reena, wunny dan juga zam..

zikeryhassan berkata...

semoga cepat sembuh. ohok ohok

Puteri Iqa Izyan berkata...

baru baik demam. hehe.


tapi batuk ohok ohok ade lagi. get well soon yaww. =)

auny aizie berkata...

kahkahkahaa .

get well sooh hohh encik tikuss

aku tak suka tikus, tapi Encik tikus yang ni aku suka . ahaha

(naddie) Nur Nadzirah Azmi berkata...

get well soon.. ^.^

adwafarahin berkata...

demam penghapus dosa kecil chillax la! haha

get well soon bro!

izzad b* berkata...

jangan lupa mkan ubat!!

kim heeruul berkata...

nnti gua suap kan ubat yerk..keh keh keh..

ENCIK TIKUS berkata...

thanks uoooollllsssss... bangge hate mak nak baca...

Nur berkata...

punyalah cerita kan. End up demam jugak. Hik2

ENCIK TIKUS berkata...

nur : hahaha lu hebat..

Lieyly ︱ Alia berkata...

kahhh3 ! kita serupa lah...demam jgk , mula sakit tekak jgk..tgok2 demam , gila punya pening..

ENCIK TIKUS berkata...

Alia : gua sudah sembuh sikit..

Cheno Chenonet berkata...

demam ke ko? tengok rancak je kat twitter.haha

get well soon!

ENCIK TIKUS berkata...

xkan lah demam pon nak bitaw orang woi ?

thanks bebeh ! bahahah

Liyana Zahim berkata...

Noor Asmara Dana.. Kirim slm pda doktor itu.. Itu tulah anda mengata die di sini.. Haha~ Get well soon!

Juno berkata...

batuk ohok ohok. demm.

get well soon.

kirim salam kenyit mata pada encik asmara.

ENCIK TIKUS berkata...

liyana : hai penulis novel yang terkenal. gua sudah baik ni. fuhhh

juno : hai junoo lama tak nampak kau komen dekat sini. thanks btw..