Rabu, 5 Oktober 2011

SEMUDAH A B C

Perlahan-lahan pintu bilik dikuak. Gua masuk ke bilik dengan berhati-hati. Gua tengok siling. Gua tengok lantai. Sebelah tangan kanan gua, gua sudah standby pegang raket badminton adik perempuan gua. Walaupun cuma berjenama ‘Yoneka’ tapi peduli apa gua. Jenama tak melambangkan kehebatan seseorang itu bermain badminton. Tapi masalahnya sekarang gua bukan nak main badminton lah setan !

Gua teruskan dengan pemerhatian gua. Tiba.. tiba..

‘one little two little three little indians… na.. na.. na..’ nada dering Ten Little Indians kedengaran di serata kubikel bilik. Gua mengecilkan mata seghupe mata helang. Gua cuba fokus dari mana sumber bunyi itu datang.

‘four little five little six little indians… na.. na.. na..’ bunyi itu masih lagi kedengaran. Kuat.

“Sial…” gua mencarut dalam hati.

Ketepar ketepar ketepar ! Gua pukul tempat tidur gua pakai raket badminton jenama ‘Yoneka’ tadi. Gua selak selimut tidur gua. Takde. Gua selak bawah bantal tidur gua. Takde juga. Gua selak bawah tilam. Pun takde.

“Babi…” gua mencarut lagi tapi dalam hati.

‘seven little eight little nine little indians… na.. na.. na..’ bunyi itu datang lagi.

Gua cuba mengecilkan mata sekali lagi dan cuba fokus sehabis baik. Fap ! gua segera pergi ke almari baju dan gua buka laju-laju. Terlihat di situ satu telefon genggam jenama nokia sedang bergetar menandakan satu mesej telah masuk.

Gua capai dan baca mesej yang tertera


*********
Ajemal
14-Sept-2011  01:45

Woi malam ni cancel. Kehah kata Ajim tak dapat datang. Sakit perut cirit birit. Lusa nanti aku mesej kau papehal okey.



Option          Reply          Back

**********


Selang beberapa saat gua balas mesej tadi dengan hanya menaip "k..."

“Jimbit…” gua mencarut tanda marah.

Gua duduk di kerusi meja belajar sambil mengeluh.

“Ajemal ni pun satu.. aku dah kata jangan ajak Ajim. Dia ajak jugak. Haih…”

Sedang leka gua mengeluh membebel sorang-sorang,  tiba-tiba seekor lipas melintas di hadapan gua.

“Baaabiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!”

Gua capai raket badminton dan terus berlari keluar daripada bilik.

23 ulasan:

reenapple berkata...

pergh.. stil takut lipas lagi... =D

ENCIK TIKUS berkata...

bukan takut tapi geliiiii... fuhhhh

pemuzik jalanan berkata...

Tikus dengan lipas okay leteww gandingan hebat. Haha.

Kau igt kau comel ke takut lipas. Haha. Ish.

ENCIK TIKUS berkata...

aku memang comel pon... oke bai.. gua nak tido..

Abang Zam berkata...

nice cerita lu
hahaha

DuniakuAbstrak berkata...

lipas tu adik perempuan aku tonyoh tanpa perasaan, tapi kalau cicak boleh pengsan dia kalau jumpa

Juno berkata...

kurang hajar. Aku benci lipas. Kalau aku ada anjing, aku akan suruh dia pijak dan kunyah lipas dalam rumah aku.

cik ciput berkata...

lipas jugak yang kau geli...kalau lintah cane?

ENCIK TIKUS berkata...

abang zam : trimas abam.. tapi itu cerita betu;-betul punya.. heh

duniaku abstrak : tapi masalahnya time kejadian tu adik gugirl kau mana ade.. acane tu ?

juno : kunyah ? rare gila adik kau.. lepas tu kompem dia makan aku..

cik ciput : lintah aku tak kisah sangat.. pasai kalau dia hisap darah pun ada baik juga.. kalau lipas ? harammmmm

d.e.e.n.a.YAYA berkata...

motif cerita??takut lipas??haha

smilenajah93 berkata...

tikus takut lipas ? bukan serupa ke dua2 tu :P hahah !

May Maisarah berkata...

Gua tak paham. serius, gua tak paham.

Tanpa Nama berkata...

nak buat jeruk lipas dlm botol then simpan dalam blog ni (evil mind gila kan)

-fatinaamalina

Fara E's berkata...

name jep gempak tp takut lipas , haha

ENCIK TIKUS berkata...

deena : lu carik sendiri ! kakaka !

smilenajah : tikus takut kucing ! kakaka !

may : tak paham ? aiyooooo

fatin : amboi. nakal betul nak buat jeruk lipas.. aummm..

fara : nama gua jep.. okey nampak macam gempak sebenarnya.. kakaka !

al-jambz berkata...

mana naluri lelaki lu tikus? mana?

Lieyly ︱ Alia berkata...

kahhh3 , senet betoi ah en.tikus , penakut lipas smpai mcm tuh..

ENCIK TIKUS berkata...

al-jambz : masih ada jambz.. masih ada..

alia : senet ? amende tu ?

Lizzie Yasmin berkata...

aku tersamak lipas dalam mesin basuh.. demmm.. habis baju aku..

SUXX berkata...

perghh lu

hiro berkata...

tikus tikus...apa nak jadi dengan kau ni...lipas je pun.

♥ eyka elisha ♥ berkata...

hahahaha!laki pon takut lipas ke?alahai =P

ENCIK TIKUS berkata...

lizzie : padan muka kau... kakakaka

SUXX : gua hebat kan ? tahu da..

hiro : hai bang.. lama dah tak nampak abam kengkomen sini.. hikss..

eyka : bukan takut tapi geli..