Isnin, Disember 19

AMIR

Pagi itu tenang. Kelihatan Amir sedang leka membaca surat khabar utusan. Sambil-sambil dia membaca tangan belah kirinya mencapai kotak rokok di hujung meja kaca. Dinyalakan sebatang lalu bertebaran kepulan asap rokok yang dihembus Amir.

"Arghhhh.. ini semua dusta belaka ! Masakan hal seperti itu boleh berlaku ! Memang dasar kerajaan bangsat !!" - bentak Amir.

Muka Amir kemerah-merahan menahan marah. Surat khabar utusan yang dibacanya tadi dicampakkan ke tanah merah yang masih basah dengan air hujan. Kali ini kesabaran Amir memang tidak dapat lagi dibendung. Lalu Amir menarik nafas untuk seketika. Kemudian kemarahannya tadi dilemparkan sejauh yang mungkin bersama-sama dengan kenangan yang pernah menggamitnya suatu masa dahulu.

"Alang.. biarlah apa orang nak kata pasal kita.. biarlah apa orang nak buat pada kita tapi jangan sesekali kita berani membalas apa yang kita terima.. InsyaAllah doa orang teraniaya itu dimakbulkan oleh Allah Taala.. Alang ingat tu..."

Kata-kata itu dipegang kemas oleh Amir. Setelah 15 tahun opah meninggalkannya cuma satu pesanan itu sahaja yang bisa diingati oleh Amir.. dan kerna satu pesanan itu juga Amir masih tabah menghadapi liku-liku kehidupan..

14 ulasan:

kim heeruul berkata...

amir oh amir.

Abang Zam berkata...

bagus amir. bagus

ENCIK TIKUS berkata...

babi.. cuba komen tu serius sikit.. gua baru nak mode serius serius ni..

aQimie Ceplos berkata...

oh. kali ni entry serius eh?
bagus-bagus. haha!
enry2 kau yg sebelum ni awesome la weh.
klako. ahaha

reenapple berkata...

pergh... aku tak suka orang nama amir.. tapi aku salute la dia punya ketabahan.

cik ciput berkata...

mak aku pun pesan..biar orang buat aniaya pada kita.biar TUhan yang balas..tapi kita jangan sesekali buat aniaya kat orang lain...


hai tikuih! :D

Wadi AR berkata...

kasihan amir

kata kila berkata...

aku ingat amir maharajlawak

kim heeruul berkata...

blogger nama kata kila tu lawa seyh..

ENCIK TIKUS berkata...

ceplos : perghh gua dapat pujian ke ni.. kakaka..

reen : dia cakap terima kasih..

ciput : hoi lama tak nampakk ko..

wadi : sobs..

kila : diamlah ko.. lama betul menghilang..

kim : kawan gua.. pahal ? nak gadoh ?

teyhah berkata...

mula2 pon ingat ni entri pasai amir maharaja lawak gak haha

ENCIK TIKUS berkata...

diam ahh.. kahkah

Lieyly ︱ Alia berkata...

en tikuih neyh serius nmpk ? hahaha ! mcm xcaya..OMG !

ENCIK TIKUS berkata...

Kakakaka..