Ahad, Disember 25

Ini cerita Christmas Iman

 *mohon tekan play untuk lebih dramatik*


Nama saya Iman. Saya berumur 9 tahun. Iman suka makan cekelat. Hari-hari Iman beli cekelat cadbury dekat kedai belakang. Iman selalu tak makan waktu rehat sekolah semata-mata nak beli cekelat cadbury. Cekelat cadbury mahal, kadang-kadang Iman terpaksa tak makan rehat 3 hari berturut-turut sebab nak beli cekelat cadbury.

Iman anak yatim. Ibu Iman meninggal masa melahirkan Iman. Iman tak pernah tengok muka ibu tapi ayah kata ibu cantik orangnya. Sopan santun, lemah lembut.. Hmmm bila tiba hari Ibu Iman jeles tengok kawan-kawan Iman. Iman sedih bila tengok diorang sambut hari ibu dengan ibu masing masing. Iman selalu tanya dekat ayah kenapa Tuhan kejam sangat nak ambik ibu daripada Iman. Ayah tak jawab, ayah cuma senyum je bila Iman tanya macam tu.

Hari-hari Iman doa dekat tuhan supaya ibu Iman kembali tapi sampai sekarang ibu tak muncul-muncul. Ada satu hari tu Iman mimpi ibu datang dekat Iman. Ibu datang dengan pakai pakaian yang cantik. Betul kata ayah, ibu cantik sangat. Tapi Iman tak sempat nak berborak dengan ibu. Iman sedih.

Dekat sekolah Iman selalu kena ejek. Diorang kata Iman ni bodoh sebab Iman takde ibu. Bila kena ejek Iman selalu lari masuk dalam tandas. Dekat situ je lah Iman boleh nangis kuat-kuat tanpa orang lain perasan. Iman taknak orang lain nampak Iman nangis. Iman lelaki Iman kena kuat.

Hari ni harijadi Iman. Iman harap sangat ayah boleh beli cekelat cadbury banyak-banyak. Kebetulan hari tu jatuh sama dengan hari Christmas. Walaupun Iman orang Islam tapi ayah selalu belikan pokok christmas besar letak dekat rumah. Dekat bilik Iman pulak, Iman akan letak stoking-stoking kecil. Ayah kata bila tiba hari Christmas Uncle Santa akan datang bagi hadiah.

Malam tu Iman tidur awal. Ayah pesan bila Uncle Santa datang Iman jangan kacau dia buat kerja, nanti dia taknak bagi hadiah. Tepat pukul 3 pagi Iman dengar bunyi kenderaan dari luar. Iman buka mata kecil-kecil sebab taknak bagi kantoi Iman belum tidur lagi. Karang Uncle Santa taknak bagi hadiah. Bila Uncle Santa tengah busy agihkan hadiah untuk Iman, Iman cepat-cepat bangun dan hentak kepala Uncle Santa dengan kayu besbol. Habis penuh lantai bilik Iman dengan darah warna putih. Iman pelik kenapa darah dia warna putih, mungkin sebab Uncle ni dah tua nak mampos agaknya. Bila tengok banyak darah putih tertumpah sini sana tiba-tiba Iman jadi takut. Iman tak hiraukan keadaan Uncle Santa tadi lalu Iman terus naik atas katil sambung tido.

Keesokan harinya ayah Iman telah dituduh kerana telah membunuh Uncle Santa dengan menggunakan kayu besbol. Dan ayah Iman telah dihukum gantung mandatori bagi kesalahan membunuh orang tua.


Walaupun Iman dah takde sape-sape, Iman tetap nak wish Merry Christmas pada sesiapa yang menyambut. Ingat pesan Iman bila Uncle Santa datang bagi hadiah, korang jangan suka hati nak pukul Uncle Santa tu. Kesian dia.. dia dah lah tua nak mampos pulak tu. Ingat ya pesan Iman ni. =')

13 ulasan:

reenapple berkata...

yaa... akan selalu ingat tentang pesan Iman tue.. haha

macam pelik je..@_@

ENCIK TIKUS berkata...

Kakakaka..

Abang Zam berkata...

ye la man. abang ingatkan mahsuri sorang je ada darah putih

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Iman tak rasa bersalah ke sebab die ayah die yang kena hukum?

Lady RaRa berkata...

dah la lagu bekground macam drama rashid sibir.

moral cerita plak macam taik. kahkah

awat darah santa putih? ni santa ka mahsuri?

hiro berkata...

sungguh mendalam entrinya..mohon share :)

kim heeruul berkata...

cilaka punya iman tak backup ayah dia.
Santa claus darah putih yerk? kah kah kah.

pemuzik jalanan berkata...

Munkin kau pun nak kena hempuk tak? Haha. Oh santa keturunan mahsuri lagi. Ohsem.. Ngek! Haha

Alia Nur Jazlia berkata...

tiba2 rasa nak hempuk kepala en tikuih balik..apa cerita punya suspen , tapi darah putih..ahaha !

ENCIK TIKUS berkata...

abang zam : gua tak tahu pun mahsuri darah warna putih woi..

juliana : mungkin tak sebab dia budak kecil lagi.. dan dia hanya tahu mkaan cekelat cadbury..

lady rara : jilaka lu lagi sorang kata darah macam mahsuri... mahsuri tu sape ?

hiro : engko nak share... sharelah woii..

kim : kalau lu nak tahu perangai iman ni sebijik macam lu.. cuma dia bukan budak kpork

pemuzik : diam ah... Kakakaka

alia : ini bukan cerita suspen .. ini cerita sedih woi !

Fara E's berkata...

bangang , haha

FizaFizz berkata...

lahh..ingatkan uncle santa tu bapak dia..haha..pastu awat iman biaq bapak dia kena hukum?? keh3

ENCIK TIKUS berkata...

fara : hmmm... k

fizafizz : lu jgn gelak keh..keh..keh.. boleh tak ? gua annoying... keh.. keh.. keh..