Jumaat, 9 Disember 2011

KISAH MENGENAI MANUSIA BERNAMA HISHAM

Dah sebulan juga blog ni tak berupdate, maklumlah cuti sem ni gua banyak terima tender betulkan kipas, betulkan tali beskal kanak kanak dan tender pergi menjala. So dari mana nak mulakan cerita ni ? Okey gua mulakan dengan kisah seorang brader bernama Sham atau nama sebenarnya Hisham. Jangan risau Sham tak tahu gua ada blog. Kakakaka.

******

Tepat pukul 2 petang gua dibenarkan rehat. Mengikut jadual hari ni gua rehat pada pukul 2 dan pukul 6. Gua membuka langkah pantas menuju ke Riza Restaurant, sebuah restoran mamak yang agak terkenal di kawasan perumahan di sini.

“Kau budak baru ke ?” sergah seorang guard secara tiba tiba.

“A’ah…” soalannya gua jawab pendek.

“Aku Hisham tapi kau boleh panggil aku Sham..” dia memperkenalkan dirinya

“Ohhh.. aku Ismail tapi kau boleh panggil aku Zack…” balas gua beserta jabat tangan yang agak mesra.

“Ehh jauh pulak beza aku tengok nama Ismail dengan Zack…”

“Biasalah… nicknama mestilah kena stail… barulah urban…”

“Oooooo…” Sham mengangguk tanda paham.

******

Hari ni sudah masuk hari yang ke 3 gua bekerja. Secara kasarnya gua sudah mengenali kesemua ahli yang bekerja.. sama department dengan gua. Dan kerja sebagai cashier bagi gua amatlah susah lagi lagi kalau bekerja sebagai cashier di sebuah mall yang terkemuka. Lagi besar mall tu lagi besar dan banyak duit yang kau akan main. Kejadah apa gua cerita pasal cashier ni. Moh sambung balik cerita pasal Sham.

Macam biasa waktu rehat gua duduk lepak dekat restoran mamak Riza. Sedang gua bermain main dengan burung tiba tiba Sham datang dalam keadaan termengah mengah.

"Lahh... kau dah kenapa Sham lari tak semenggah macam ni ?"

"Tadi aku kena kejar anjing... berdarah kepala anjing tu aku baling dengan batu simen... ahahahahaha..." cerita Sham sambil gelak terbahak bahak mengalahkan setan.

"Bosssss !! Air mata kucing satu !!!" jerit Sham daripada jauh.

"Kau nak tahu pagi tadi aku jumpa nset aku yang kena curik itu hari..."

"Nset apa... ?" tanya gua

"Nset blekberrylah... masuk yang ni dah 4 blekberry aku hilang... kau tahu penat penat aku kumpul duit.. senang hati je kena curik macam tuh.. haish..." luah Sham sambil geleng geleng kepala.

"Then.. apa cerita dengan nset blekberry ko tadi...?"

"Aku apa lagi... aku try belek belek nset tu... pastu aku tengok skrin dia ada pecah belah kiri... so memang sahlah tu nset aku... aku tanya tokey tu sape yang jual nset aku ni..."

"Then ??"

"Dia kata ada budak indon jual... last last aku cakap dengan tokey tu aku nak buat report polis... senang cerita..."

*5 minit kemudian*

"weyh... aku nak beritahu kau sesuatu ni..."

"haaa... kebenda.. ?" tanya gua

"semalam bapak aku belikan speaker besar yang macam Jalil Hamid punya.."

"haaa.. macam jalil hamid punya...?"

"alaaa ko takkan tak tengok Jalil Hamid punya video lagu tu... speaker aku sebijik macam tu laaaa..." terang Sham sungguh sungguh.

"lepas tu semalam.. bapak aku mesej dia tulis banglo 4 tingkat yang aku nak tu dia dah belikan... dekat Damansara..."

"ohh ... yeke ?" gua saja bertanya sebagai perencah tambahan

"ko tak percaya sudah..."

Malam tu masa gua tengah kencing dekat tepi dinding mall, gua nampak Sham balik rumah naik beskal. 

17 ulasan:

ENCIK TIKUS berkata...

bangang punya hisham.. kakakaka

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

SINGGAH BLOGWALKING ..ADA CERPEN SEDIH DI BLOG ACU... ------> http://teyhasahaje.blogspot.com/2011/12/cerpen-monolog-jangan-lupa-namaku.html SANGAT2 MEMERLUKAN KOMEN AWAK YG MEMBINA ~ DTG TAW ..NANTY ACU DTG BALIK BLOG AWK..TENKS :)

kim heeruul berkata...

kah kah kah..pehal sham action nak mampos..

Lieyly ︱ Alia berkata...

mcm nk cepuk2 ja...aaha !

Miscellaneous Smiles berkata...

hahahaa..kau kna kencing ke

ENCIK TIKUS berkata...

mane ade gua kena kencing tapi perangai hisham tu annoying macam setannn

Abang Zam berkata...

kahkah. bangang apa lah. kaki gebang lah syam ini ya

myra yusreena berkata...

erkk cite betul ke cite tipu ney?? HAHA siod jep

teha berkata...

kencing dkt dinding mall ? oh myy ! bia betik ?

ENCIK TIKUS berkata...

NURUL : ko komen kebenda ni woi ?

kim : nama pun sham..

alia : cepuk jgn tak cepuk..

mis smiles : kakaka bukan kena kencing... tapi aku yang kencing.. tak tahan dah..

abang zam : sham bukan sahaja bangang malah kacak pulak tu..

myra : cerita betull.. btw SIOD tu kebenda ? instead of perkataan SIOT ? SIOD SIOD SIOD..

teha : baahahahahahahaha

aQimie Ceplos berkata...

hahaa!
Bebual nak gebang lebih.
btw. nice enrty bro :)

teyhah berkata...

sham gebang lebih kakaka

ENCIK TIKUS berkata...

ceplos : hai ceplos... sedap nama ko..

teyhah : sham gebang srrupa gampang wak cakap lu...

reenapple berkata...

yaa..aku faham situasi tue... macam bangang jerk hisham tu.. sib baek dia tak tao ko ada blog.. haha

pemuzik jalanan berkata...

sham tu org apa? bangla ke hapa, bangla pun tak gitu haha.

Aku cuti sem gak, kerja cashier jugak weh!

DuniakuAbstrak berkata...

sama la kau dengan sham..sejibik..kah3

ENCIK TIKUS berkata...

reen : btw sham ni hensem taw.. nanti aku letak gambar dia kalau ada masa..

pemuzik : ahhh lu.. sibuk aje nak jadi cashier dengan gua... shuh.. shuh..

duniaku : ahh lu dah berapa kali datang blog gua pun tak tahu gua ni cmane ? baler.. baler..