Selasa, Januari 24

CINTA-CINTA KITA (EPISOD AKHIR)

Bagi sesiapa terlepas episod mula boleh (tekan sini)

Hari ini merupakan temujanji pertama gua dengan dia. Malam sebelumnya dia telah menghantar faks mengatakan ingin berjumpa di rumah dia sendiri. Sebagai persiapan untuk temujanji pertama gua sempat menempah baju raya kaler coklat ada merah-merah sikit untuk dipakai pada hari raya pertama bersama dia nanti.

"Assalamualaikum..." salam diberi.

"Eh kanda.. masuklah pintu tak kunci tu.."

Belum pun gua masuk gua perhati entrance rumahnya lagak persis seperti entrance Istana Taj Mahal. Dipenuhi dengan lampu kristal berwarna pelangi. Pagarnya sahaja terlekat disetiap ruang berlian 26 karat. Tiang serinya merupakan tiang nampak dalam yang mana terdapat air blek karen mengalir jernih. Ditambah dengan air pancut 5 cabang setinggi 1 meter sudah cukup membuatkan mata yang melihat terpukau. Dan juga 5 ekor unta sebagai kenderaan tunggangan.

"Ini rumah betul dinda ke, bukan rumah sewa ??"

Dia cuma tersenyum dan terus masuk ke dapur membuat air. Gua masuk ke dalam dan melabuhkan bontot gua ke sofa. Sedap. Sofanya diperbuat daripada gentian lemak kambing biri-biri terpilih. Gua goyangkan bontot beberapa kali untuk menikmati keempukan sofa tersebut. Sambil goyangkan bontot gua kerling pada syiling rumahnya dan gua ternampak satu kepala burung garuda tersangkut di tengah-tengah.

'Perghh dahsyat.. dahsyat...' bisik gua dalam hati.

"Nah.. dinda sudah siapkan minuman.. jemputlah minum.."

"Oh terima kasih.."

"Kanda datang sini naik apa ?"

"Ohh kanda datang sini naik jet.. hmm naik jet.." balas gua pendek sambil angguk kepala.

Kebetulan pada masa itu match antara Man.Utd dan Arsenal sedang berlangsung. "Kanda minat bola ?" tanya si dia. "Ohh minat je.. dinda minat juga ya ? dinda sokong pasukan apa ??" tanya gua langsung. "Dinda suka GGMU !! Dinda suka tengok muka Antonio Valencia.. hitam manis.. kanda ??" . "Kanda suka Arsenal.. In Arsene We Trust !!" jawab gua bersemangat sampai tersembur-sembur air jarang dalam mulut.

"Ohhhh minat arsenal..." jawabnya pendek sambil melemparkan senyuman kelat. Dan itu merupakan perjumpaan pertama dan terakhir antara gua dan dia. Esoknya jiran rumahnya kata dia dah pindah rumah ke Arab Saudi.


12 ulasan:

reenapple berkata...

LOl... sebab bola berpisah?? dasyat dasyat.. heee

vampire's lovex berkata...

hahaha tak boleh blahhhhhh...

chemay berkata...

kesian.
dia taknak kenal hang lama2 lah tuh.
terus laari bawak diri gi arab.
hahaha

Jumir berkata...

Mesti dia peminat fanatik MU...

Wa xde name berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

huyoo hanis zalika..huhu :D

Tanpa Nama berkata...

haha awek tu hanis zalikha ke..???

syAzAnA berkata...

bengong. sekian. pukk kangg!

Sesumpah berkata...

rasa nak lempang kau

haha

takpe2 angan2 tu boleh jadi doa

ayleencutegirl berkata...

baru 2 episod dah episod akhir.. arghh menci lah cinta ;P

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

huyoo siap ada hanis zalika :D

cimöt berkata...

hah? jadah kau..