Selasa, 24 Januari 2012

CINTA-CINTA KITA

Sayup-sayup bunyi angin menderu. Petang itu tenang. Setenang-tenang bayi 5 bulan yang sedang tidur. Tanpa bunyi tangisan. Tanpa bunyi rengekan. Gua yang sedang duduk di beranda sibuk membaca setiap helaian surat khabar METRO sambil ditemani air jarang semangkuk.

Pukk !! Bunyi mangkuk terjatuh. Basah habis lantai marmar kalis air beranda rumah gua.

'Ahh gadis mane pula yang teringatkan gua ni..' - getus gua perlahan .

Beberapa saat selepas itu, seorang gadis lalu di hadapan gua. Putih melepak tengkuknya, ikal mayang rambutnya, berbaju kurung berwarna jingga tua dan berbasikal fixie edisi terbaru kaler putih pekat. Gua buat-buat pandang pokok kelapa demi menjaga keegoan gua selaku mamat yang paling rare di kawasan perumahan situ.

Selang 1 meter dia berbasikal, gua segera menoleh ke arah gadis tersebut. Gua perhatikan setiap lenggok tubuhnya, setiap kayuhan kaki manisnya, setiap helaian rambut ikal mayangnya yang mengerbang setiap kali ditiup angin, setiap lirikan matanya memandang kanak-kanak yang bermain tengteng di situ.

"Fuhhh !! gadis ni memang betul-betul sesuatu !!"

Gua masuk ke dapur rumah nak buat air jarang yang baru.

Bersambung...


6 ulasan:

Jumir berkata...

Huishhhh.....suspen ni....apa cerita seterusnya?

reenapple berkata...

ala.... bersambung la pulak..

meh aku teka... at the end kau hatuh hati kat gadis tue?? hahaha

Nveil berkata...

air jarang semangkuk?

ENCIK TIKUS berkata...

jumir & reen : lu tunggu je !! lu tunggu !!

nveil : semangkuk.. tu bukan typo..

si ngokngek berkata...

sejak bila to be continued nih!!


tp apasal naik fixie,alar naik mini dah lar..err

Abang Zam berkata...

abang mohon cerita ni jadikan zine