Sabtu, Januari 14

PANGGILAN AJAIB

Petang tu gua pergi ke cancelory secara berseorangan. Selalunya gua pergi bertemankan dengan kereta mini kancil gua tapi apa nak buat tiba-tiba kereta tu mati tengah jalan. Celake. Kebiasaannya perjalanan dari kampus ke cancelory hanya mengambil masa 3 minit jika menaiki mini kancil tapi disebabkan gua berjalan kaki, dah tu sorang-sorang pulak tu dari 3 minit bertambah menjadi 12 minit. Jadi calculusnya 3 X 4 = 12 . Celake lagi.

Ditambah dengan panas terik dan ketiak yang lupa nak pakai deodorant makanya sampai saje gua di sana, belakang baju dan celah ketiak gua basah. Dan sebagai alternatifnya gua berjalan sambil silang tangan untuk menutup kemaluan. Ini pun celake juga.

Usai menguruskan hal PTPTN yang selalu melecehkan, gua singgah kejak dekat kedai runcit untuk membeli air sebagai penambah tenaga. 'Arghhhhhhhhhh' bunyi itu spontan keluar lepas habis gua teguk air mirinda perisa oren. Diri kini menjadi segar dan bersemangat kembali.

Gua mulakan langkah pulang ke kampus dengan langkah kanan. Dan biasalah, kalau dah jalan sorang-sorang mestilah bosan bapak nak mati lalu gua segera mengeluarkan telefon genggam untuk memberitahu mama gua perihal PTPTN yang sudah pun selesai.

Truuutttt.. truuutttt..

Truuutttt.. truuutttt.. *bunyi nada panggilan*

Klak !! Kedengaran panggilan diangkat..

"Mama.. ini nak cakap yang along dah selesaikan hal PTPTN tadi..." - gua segera menyampaikan dengan perasaan eksaited.

"Haaaa nape kau call ni ? Kau nak apeee ?" - kedengaran suara balas suara mama.

'Eh ? pahal suara mama macam ada loghat sarawak ? Eh jilaka betul mama pergi Sarawak tak ajak' - getus gua dalam hati. panjang betul getusan hati gua. Kakakaka

Gua segera matikan panggilan dan gua tengok senarai nama panggilan yang gua buat sebentar tadi..

'UMIE ARTOQIMIE' - nama itu terpampang di skrin telefon genggam gua.

"Ohhhh.... gua salah call ke ni ? " gua mengeluh sendirian




********


lu orang ada ? kakakaka...


p/s : susunan nama ummi dan umie dalam telefon genggam memang sebelah-sebelah. tak caya boleh cuba try test tengok

19 ulasan:

Puan Besar Shag Yahaya berkata...

HAHAHA. Shag pernah salah call jugak. Shag nak call Mama, jadi tekan lah recent calls. Shag rasa atas sekali Mama punya nombor sebab last sekali gayut dengan Mama. So, dengan yakin call. Nasib baik tak cakap pape lagi orang tu tanya, 'Nak apa weh? Aku tengah drive ni'. Suara laki pulak tu. Terus Shag cakap, 'Asal aku call kau tah ? Aku dah lupa. Bye !' HAHAHA :D

alia zainol berkata...

ayoo silap call daa haha

chemay berkata...

haha rindu umie kot?
:P

Yui Light berkata...

Hahahahhahaaha dah agak dah mesti call umie. lolololol

ENCIK TIKUS berkata...

puan besar : hahahaha..

alia : hmm itu pengalaman manis sebenarnya..

chemay : windu lah jugak.. winduu winduu !!

yui : hahaha...

Abang Zam berkata...

kalau tercall keling macam mana?

ENCIK TIKUS berkata...

hm pergi mamposlah .. gua malas nak layan.. kakakaka

reenapple berkata...

mesti umi tu awek kau.. hehehe

Wadi AR berkata...

kemainn lu tercall bagai

Tasha berkata...

eleh2,buat slh call la tu...

hak3..pi tepon mak balik

ENCIK TIKUS berkata...

reen : takdelah.. kawan je..

wadi : arghh lu jeles cakap je lah..

tasha : haha ni lagi sorang... gua tonjok satgi baru tahu...

Zila berkata...

salah call ke memang senaja nak call? haha..


rindu nak jalan dgn kak Umie ekk? HAHA

aQimie Ceplos berkata...

HAHAHA!
bodoh je. tp lawak weh.
mane la tw umie jd Mama ko. dan kau jd dady dy nanti.. haha.

iemah berkata...

tu myb tlalu happy sbb dh settlekan psal PTPTN...hehehhe

iemah berkata...

tu myb tlalu happy sbb dh settlekan psal PTPTN...hehehhe

Mardhia Yusof berkata...

hahaha..lawak la ko ni..
separate kan la family members dlm contact list.

i.e:

>ummi<
>abah<

bila ada simbol..list tuh kt bwah skali/or maybe atas skali..so,senang skit na cari n call trus..;)

ENCIK TIKUS berkata...

act gua malas nak balas komen yang lelebih ni.. gua tengah pening kepale ni... jilaka bajet artis.. kakaka

محمد رازيق berkata...

haha. sakit tekak gua gelak. dahlah gua demam.. salh org gamaknya. camna hang cover??? haha.. blog lu best. nanti gua dtg lgi memndgkan ni pertama kali gua dtg bro. jemput singgah blog gua

deardearyhaty.blogspot.com berkata...

haha..saba jele..:)