Sabtu, Februari 25

CERITA GENGSTER (PENAMPILAN ISTIMEWA AKIM AHMAD)

Malam tu gua kepenatan. Selepas bermain futsal gua dan Azmir mengambil keputusan untuk melepak sebentar di Mamak Bistro. Mamak yang berdekatan dengan kawasan perumahan Azmir. Sedang kami khusyuk menikmati roti canai banjir datang sekumpulan brader-brader duduk di sebelah meja kami. Sekilas pandang lagaknya seperti brader gengster.

Jarak antara meja kami dengan meja brader itu hanya 2 langkah kaki manusia normal. Maka disebabkan jaraknya takdelah nak jauh mana maka gua boleh dengar setiap perkara yang dibualkan kumpulan brader tersebut. "Yob, kes budak kelantan tu kau dah settle?" "Ohh si mamat yang curik tayar kereta kita tu ? dah semalam kitorang belasah sampai lunyai !!" serba sedikit gua terdengar perbualan mereka yang acah acah gengster itu.

"Pssstt awek baru ke ??" brader gengster no.2 bertanya kepada ketua gengster.

"Ahaaaaa kau jangan tak tahu... masuk ni awek yang ke-5 dalam masa seminggu !!" bisik ketua gengster teruja.

Gua cuma gelengkan kepala. Begitu susahnya nak jadi ketua gengster kena pasang awek keliling pinggang untuk maintainkan dia punya kehebatan. Padahal awek muka macam ayam serama. Ayam serama pun tak teruk macam tu. Dasar tak ada taste !!

Gua terus menjamah roti canai banjir gua. Selang beberapa minit gua ushar meja belah depan gua. Oh baru gua perasan bintang Akademi Fantasia musim ketujuh iaitu Akim Ahmad pun sedang melepak di sini. Gua lihat dia begitu sibuk bercakap dalam telefon. Sambil dia bercakap sempat juga dia melayan peminat di twitter melalui handset Blackberry putihnya yang satu lagi. Gua gelengkan kepala sekali lagi. Emang dasar tahitwitter !!!

Perhatian gua terhadap bintang AF itu terhenti apabila gua terdengar ketua gengster tadi memanggil pelayan mamak dengan nada yang tinggi.

"Woi macha kau sini kejap !!" ketua gengster memanggil memekik pelayan mamak itu. "Nama mamak tu Abdul lah bangang !!" gua marah dalam hati. Nak sound depan-depan gua penat. Yelah baru balik dari berfutsal.

"Dey kau pergi bukak channel 103 sekarang !!" marah ketua gengster itu. Memang prinsip gua tak boleh tengok orang lemah diperlakukan sebegitu rupa. Kalau ikutkan hati nak aje gua bangun tempeleng mamat tu tapi disebabkan gua penat maka gua simpan sahaja niat tadi. Yelah baru balik berfutsal.

Dalam hati gua tertanya-tanya juga apa lah yang mamat tu nak tengok sangat dekat channel 103. Gua terus menjamah roti canai banjir yang gua order buat kali kelima. Sambil menjamah mata gua memandang ke skrin lcd kedai mamak tersebut. Lalu mamak bernama Abdul tadi mengambil remote tibi dan ditekannya punat 103.

Laaaaa... Vokal Bukan Sekadar Rupa rupanya...

7 ulasan:

Abang Zam berkata...

akim tu betul betul watak sampingan. satu perenggan je lu bubuh

ENCIK TIKUS berkata...

kakakakaka...

cik ciput berkata...

aku setuju dengan komen abg zam..penampilan istimewa la sangat tikuih oi!hehe

ENCIK TIKUS berkata...

gua dah kata penampilan istimewa.. laiin kali gua tampilkan rahim maarof pulak..

myra yusreena berkata...

haha cehh gengster la sgt kn..lalala~

Juno berkata...

featuring akim.

Jenis gangster takde adab. Nak aje aku sekolahkan.
Oh tapi tak boleh. Yelah, aku kan baru balik futsal.

ENCIK TIKUS berkata...

myra : hahahaha..

juno : tak kena lah ayat kau... tak kena juno.. tak kena..