Ahad, Februari 12

PENGALAMAN BARU

Hari tu gua pergi kenduri kahwin. Sebagai kelengkapan gua menyarung baju melayu johor dipadankan dengan seluar jeans kaler hitam. Disebabkan kenduri kahwin tu sedara gua yang punya maka gua cuma pakai selipar. Tambah dengan ada kesan calar-calar dekat bahagian gigi selipar, gua dapat rasa gua ni memang betul-betul kutu yang true.

Jejak je kaki dekat sana gua dah stanby pakai earphone kaler putih dekat telinga. Barulah fee-feeling diri tu macam kutu yang jenis urban. Ye dak ? Macam biasa orang melayu mesti nak buat kenduri kahwin dekat dewan, pesen suka menderma duit/makanan ke orang ramai. Tapi gua tak kisah pun, lagipun bukan guna duit mak bapak gua. Dapat tengok makwe cun rambut blonde tunjuk dada 1/3 pun dah cukup syarat sebenarnya.

Memang kegemaran gua kalau singgah kenduri orang gua selalu bercakap dengan budak-budak. Bukan apa, mengikut majoriti pembacaan gua golongan makwe ni suka melihat pakwe yang caring dengan budak-budak. Jadi masa tu gua target sorang budak lelaki yang ralit bermain batu seremban dekat hujung dewan.

"Hai dik... sape name ni ??" - tanya gua dengan ramah.

"Nama kita Apit !!!"

"Ooooo Apit... umur berapa ??"

"Baru 3 tahun..."

Gua menepuk bontot gua beberapa kali sebelum melabuhkan ke lantai. Disebabkan gua nampak ada sorang makwe pakai shawl Hana Tajima ushar gua maka gua terpaksa duduk untuk menjadi lebih caring terhadap Apit.

"Jom main batu seremban dengan abang..." - gua acah acah sembang.

"Abang tahu main ke ??" - Apit pula acah acah bertanya.

"Haahaha mestilaaaaa tahuuuuu..." gua segera capai ketujuh-tujuh batu seremban tersebut dan memulakan permainan.

Selang beberapa minit gua menunjukkan kehebatan Apit mencelah bertanya "Abang tengah main apa tu??" "Laaa abang tengah main batu seremban lahhh.." balas gua selepas menghentikan permainan seketika. "Macam tuu abang kata main batu seremban ?? ABAH KAU LAHHH" herdik Apit seraya merampas batu seremban dari gua lalu melarikan diri ke tandas.

Gua tersentak seketika. Itu pertama kali gua dimarahi oleh budak-budak. Gua toleh ke kiri dan gua ternampak makwe Hana Tajima beserta rakan Hana Tajima yang lain gelak tutup mulut dari jauh. Lepas balik dari kenduri sedara, gua segera search di Youtube "How to play Batu Seremban".


17 ulasan:

Faariis berkata...

haha. abes camne yg ko maen sampai diherdik tu? jilaka punye apit. mesti adik kepada epit ni. huhuhu~

Izz Faizah berkata...

hahaha...abis cmne? main mcm main guli ke? Jentik2? hahaha..lawak la..:) grau2 je..:)

dylli berkata...

abah kau!! HAHAHAHA.. comel je Apit. :P

ENCIK TIKUS berkata...

faariss : itu rahsia ahh.. kahkah !!

izz faizah : tanya apit tu.. budak berlagak pandai.. jilaka..

dylli : nakal dia tu... jangan cepat terpengaruh..

Wadi AR berkata...

ape perasan anda tikus? kahkahkah

chemay berkata...

kau main camne jang oi?
haha

reenapple berkata...

hahahah.. aku tumpang gelak je lah...

kim heeruul berkata...

kah kah kah..cilaka punya apit. kecik2 dah pndai sound brother...

noreenrara berkata...

hahahaha
ABAH KAU ! :D

O'gosh berkata...

adoi bahasa itu budak...sian ko dik...tu la..niat x ikhlas lagi...

Lizzie Yasmin berkata...

Lu main mcm mana bro? msti main macam nak lastik burung.. hahaha

pemuzik jalanan berkata...

dah kalau batu seremban pun tak tau main, bukan sorg kutu yang true engkau nih. Malu... maluuu...

Hami Asraff berkata...

Sekarang dok praktis main batu seremban dengan anak buah jugak. Selalu beliau leading.

Fara E's berkata...

kejadahnya main tujuh batu seremban wei , haha

Kasih nur azie berkata...

ko pasti tu batu seremban? bukan batu nisan?

Juno berkata...

budak macam tu layak disuap dengan batu bata.

takpe, weh.
Takpe.

Kenduri next time kan ada.

alexa yussida berkata...

hahaha nawaitu kelaut sangat !
padan muka !