Selasa, April 10

PENANGAN

Hari ni merupakan hari kedua terakhir sebelum peperiksaan yang Fakri ambil akan tamat. Tiada penyediaan yang Fakri buat untuk kertas ini selain bermain game Poker di facebook pada sebelah malamnya. Mungkin kertas peperiksaan hari ini senang iaitu Subjek Business Hard Rock Cafe Management atau bahasa lainnya 'cara membuat kuih donut apam'. Maklumlah dia pernah menolong ibunya menjual donut apam di kawasan universitinya.

"Haihhhhhh" satu keluhan keluar menandakan Fakri sangat penat pada petang itu. Dia bersandar di beranda rumahnya. Petang-petang begini kebiasaannya Fakri akan lepak di warong Pak Jimbit untuk mencuci mata dan melihat budak-budak bermain guli. Sebenarnya ada tujuan juga Fakri sering melepak di sana. Serta-merta wajah Miaalofa terbayang di kepala hotaknya. Berambut ikal mayang, rambut 'blonde', anak matanya yang berwarna biru, dan saiz badan 34-32-34 itu sudah cukup membuatkan nafsu jantannya bergelora.

Pam pam pam ! Fakri menampar tingkap kayunya sekuat hati. "Haiihhhh tak boleh jadi ni !!!". Fakri segera menekan butang 'hidup' komputer peribadinya. Jarinya pantas membuka aplikasi browser Internet Explorer. Lantas Fakri menaip perkataan 'Neelofa' di ejen carian Google. Fakri membuka halaman paparan bergambar dan tatkala itu Fakri tersenyum sorang-sorang seperti kerang busuk.

"Neelofa pun jadi lah.... hehehe.."

8 ulasan:

Wadi AR berkata...

ingat izara aisyah td

Abang Zam berkata...

cakap dekat fakri, neelofa sangat 2011. sekarang aaron aziz

Juno berkata...

asyik asyik neelofa. jaafar onn tak pernah pun orang nak google.

najmi^^ berkata...

:)

Ini Kisah Tia berkata...

sape neelofa? adeh .. hehe

ENCIK TIKUS berkata...

ahh gua dah lama tak update pun lu orang sudi nak komen.. ha terharu betul gua..

Tanpa Nama berkata...

lame betul baru nak update... tape2 wa ttp bace..

hara berkata...

hahaha.. apapontakboleh. ingt nk study, he2