Isnin, April 16

Review Buku KOPI Kumpulan Cerpen (Part 1)


Hanya 1,500 cetakan. Tiada cetakan kedua. Harga Rm15.00

Kali ni gua ingin meluangkan sedikit masa untuk review satu buku. And yeah it is KOPI. Buku terbitan Fixie. Di sini gua akan kupas setiap cerpen yang ada dalam buku ni mengikut pendapat gua sendiri. Erti kata lainnya free style. No hard feelings okayyy. Cheers.

Oh yah lagi satu editor buku ni ialah Amir Muhammad. Korang kenal tak ? tak kenal boleh pergi meninggal sekarang. Walaupun gua rasa macam dah terlambat untuk review sebab buku ni launch pada Mac 2012. Kira-kira sebulan yang lepas tapi disebabkan gua baru berpeluang untuk membaca why not you give me a chance right ?

KOPI 3 RASA - Shaz Johar

Pada plot permulaan pembaca akan dihidangkan dengan cerpen yang panjang tulisannya ! Bagi gua sendiri untuk starting tak payah lah start dengan cerita yang panjang. Takut bosan pulak tapi takpe gua teruskan membaca tanpa melangkau ke chapter yang lain. Dan cerpen ini memerlukan konsentrasi sebab cerita yang ditulis agak rumit walaupun ianya hanya berkisar mengenai minuman kopi. Tapi tak sangka juga ya ada juga orang yang bernama KOPI. Hahaha. Gua rasa Shaz Johar ni boleh karang cerita hantu next year sebab ending cerpen ko memang memang memang power !!

BERSAKSI KOPI - Dayang Noor

Cerpen kedua main yang membawa watak ada 2 iaitu Armin dan seorang gadis yang gua sendiri tak tahu nama dia. Puas juga gua cari tapi takde. Cilake. Okey kita namakan gadis ni sebagai Maya. Jadi penulis menggambarkan Armin ini seorang buaya darat yang kacak, kelakar dan bijak (#turnon) . Sebagai jejaka idaman, ramai gadis telah jatuh ke tangannya dan dibawa sampai ke ranjang. Ada gadis kolej yang urban, gadis pemalu yang berpurdah, gadis yang suka berpartayy hinggalah ke gadis yang masih bersekolah. Senang cerita Armin ni power !

Manakala Maya pula adalah teman bicara Armin yang dikenalinya ketika mereka sama-sama meeting. Hanya sekadar teman sahaja. But people change, feelings change. Seterusnya pembaca akan dibawa belayar bersama kisah mereka yang banyak berlatarkan Starbucks. Dan peneman mereka sambil berbicara tentulah minuman KOPI. Dan adakah Armin akan terus dengan sikapnya yang playboy ? Dan adakah Maya akan terus setia menjadi teman bicaranya ? Haa nak tahu pergi baca.

KOPI KOLA - Nadia Khan

Cerpen ni antara cerpen feveret gua. Yes cerpen mengenai cinta memang sebati dengan gua. Maklumlah gua kan pencinta wanita. Ewah. Cerpen ni berkisar mengenai dua orang yang berbeza latar belakang. Lelaki yang berasal dari ceruk kampung dan perempuan yang berasal dari latar belakang yang mewah, oversea. Pembaca akan dibawa bersama melayari kisah si perempuan yang datang ke kampung untuk urusan selama 3 bulan dan bertemu dengan lelaki kampung ini. Dan panggilan KOPI dan KOLA terhasil apabila lelaki kampung iaitu KOPI ingin mengabadikan lawak si KOLA (perempuan) yang tersilap menyebut permainan KOPI KOLA instead of PEPSI KOLA. Alaah game yang pijak-pijak kaki tu.

Overall plot ceritanya okey dan buat gua tersenyum sepanjang pembacaan. Gua tersenyum dengan gelagat KOPI yang gemar menyakat si KOLA lantaran dia asyik bertanya itu ini kepada KOPI. Maklumlah KOLA ni gadis urban, agak jahil mengenai adat orang Melayu. Tapi endingnya amatlah gua tak suka. Mencik mencik ! Nak tahu sebab apa haa pergi baca.

KOPI, DONAT DAN BAYANG GADIS BERAMBUT HIJAU - Adib Zaini

Cerpen ni berkisar mengenai lelaki bernama okey gua tak tahu nama dia. Tak tertulis pun. Kita namakannya Zaidi. Jadi Zaidi ni baru je break dengan awek dia bernama Amy. Walaupun lelaki tapi frust menonggengnya tak kurang hebat juga. Frust sampai tak mandi beberapa hari. Kahkah.

Overall cerpen ni just okey. Sebab scene nya cuma satu iaitu dekat dalam rumah Zaidi sendiri. Lebih baik kalau penulis membawa pembaca keluar meneroka ke tempat yang lain. Takdelah isu bosan ketika membaca akan timbul. Misalnya tambahkan plot Zaidi pergi ke kedai nak beli rokok. Create sedikit cerita atau humour dekat situ supaya cerita nampak lebih segar. Ini just pandangan, Adib ni pun dah ada buku sendiri, mungkin gua sendiri yang buta seni penulisan cerita. Hehe. (Y)

CINTA KOPI - Gina Yap Lai Yoong

Penulisnya berbangsa cina tapi boleh menulis dengan baik dalam bahasa melayu walaupun ada sedikit part dia tertypo dan nampak sedikit baku. Takpe itu tolak ke tepi.

Latar belakang cerpen ini almost berlaku di Starbucks Kajang (Starbucks lagi). Mengenai Khalid seorang anak yang masih tinggal bersama ibunya di Puchong, single, dan berusia 28 tahun. Dahulunya seorang pengurus bank tapi atas sebab tertentu dia menjadi penganggur. Yang uniknya dia tidak memberitahu ibunya dan itu membuatkan Khalid sentiasa melepak di Starbucks Kajang untuk mengelakkan daripada kantoi. Dan di sini dia bertemu dengan barista Starbucks bernama Elena. Walaupun scene cerpen ini cuma berlaku di satu tempat tapi kupasan cerpen ini menarik bagi gua. Dan yeah ending cerpen ini seperti yang tak dijangka. Wajib baca dan syabas kepada Gina gua ucapkan !

LUWAK DAN KRETEK - Ridhwan Saidi

Kahkahkah. Itu je gua mampu komen. Cerpen ni penuh humour. Mungkin untuk mengimbangi emosi pembaca barangkali. Good job bro. Novelis berkepala musang, Kahkahkah

KOPI PERCIK - Amal Hamsan

Cerpen ringkas ni mengisahkan mengenai Firdaus yang ingin pulang semula ke UKM, tempat beliau belajar. Bak kata penulis Firdaus ini penggemar KOPI, tak boleh dipisahkan ibarat aur dengan tebing. Selain meminati kopi Firdaus juga gemar mengKOPIpes assignment. Kahkah. Hmm melalui cerpen ini pembaca akan dibawa bercerita bagaimana liku perjalanan Firdaus yang ingin pulang ke UKM. Oh endingnya sungguh gua tak sangka.. serius tak sangka.. Syabas gua ucapkan kepada penulis.

KAU KOPIKOKU - Dheepan Pranthaman

Melihat pada namanya gua syak penulis ni berbangsa india dan mungkin berjantina lelaki. Kan ? Hehe. Oraite cerpen ni ringkas dan ada unsur imbas kembali tapi diselang-seli tahunnya. Hmm mengenai dua orang sahabat sekolah rendah yang terputus hubungan iaitu Devan dan Arissa. Dimana Devan yang lost contact dengan Arissa berusaha untuk mencari Arissa selama sedekad lamanya melalui laman sosial, kudrat diri dan orang upahan. Dalam diam-diam Devan menyimpan perasaan kepada Arissa. Cerpen ni unik apabila penulis meletakkan gula-gula KOPIko sebagai penguat cerita. Cerpen yang mesti wajib baca dalam buku ini. Oh gua rasa cerpen ni ada kaitan dengan kisah peribadi penulis sendiri. Eh yeke. Bahahah

KOPI JANTAN KAW - Nik Adam Ahmad

Pertama kali gua lihat cerpen diletakkan bersama gambar. Sumpah rare. Kisah mengenai seorang Uncle yang bersemangat menceritakan keluhan dia sebagai pengemis di Bandaraya Kuala Lumpur kepada seorang lelaki yang sudah bekerja. Cerita yang ringkas dan mudah untuk difahami. Endingnya gua macam dah boleh agak. Yelah tak semua pengemis hatinya putih ye dak ?

p/s : disebabkan macam banyak lagi je chapter yang gua nak ulas, so Part 2 akan dipost sebentar lagi.

9 ulasan:

reenapple berkata...

hehehhe.. aku daa baca.. kkikikikikik

Umie Artoqiemie berkata...

rajinnya menaip ~__~

Wadi AR berkata...

aku tgh cari buku tu. tak sempat sempat

D.N.A.S berkata...

Okaylah, saya setujulah watak awek dalam Bersaksi Kopi tu nama dia Maya. Kiut gak nama tu. Hehehe. Thanks for the suggestion.

cik fara berkata...

aku pon suka yg nadia tulis n gina punya jugak.hehe.

jejaka anggun berkata...

3x memang. tenkiu.

Fara E's berkata...

aku tak pernah baca buku Fixi . okay , pergi meninggallah . kbai

Harga Trica Jus berkata...

hahaha awas loe..!

DilaDila berkata...

Nadia Khan tu kan...memang suka buat cerita camtu...hehe.Tapi best!!!