Jumaat, April 27

Review Buku KOPI Kumpulan Cerpen (Part 2)



Hey hey hey !! Aku tak percaya cinta !! Aku tak percaya cinta !! Aku tak percaya C.I.N.T.A !! Yeay !!

CETHU - Nabil Najwa


Apa yang boleh gua ulas, cerpen ni penuh dengan ayat berkias, ayat berbunga yang mungkin bagi pembaca level 1 sukar untuk memahami apa yang penulis cuba sampaikan. Tapi apa yang boleh gua ulaskan cerpen ni mengenai seorang gadis yang melanjutkan pelajaran di Indonesia dalam bidang perubatan khusus kajian dan rawatan penyakit kelamin. Mempunyai ibu yang bersifat rebel dan gadis ni juga merupakan seorang perokok !

Dan cethu yang penulis maksudkan juga gua tak berapa nak tangkap. Puas gua cuba gambarkan tapi tak dapat. Mungkin lepas ni gua kena merantau ke Indonesia untuk tahu apa itu cethu. Overall cerpen ni bagi gua brilliant ! Syabas gua ucapkan kepada penulis.

BARISTA CINTA - Shafaza Zara Syed Yusof


First time gua baca cerpen dengan konsep begini. Cerpen yang dipecahkan kepada beberapa chapter dan setiap chapter mempunyai hubungkait. Pada permulaan cerita penulis cuba untuk menyuntik pembaca dengan persoalan yang logikal melalui perbandingan antara kopi dan cinta. Generally gua mengenali penulis dengan baik dan kebanyakan karyanya selalu berkisar mengenai cinta ! Ewah.

Cerpen ni mengenai seorang gadis yang bekerja sebagai barista iaitu Zuyyin. Seorang penggemar minuman KOPI dan juga seorang #TahiTwitter. Muahahah nampaknya penulis cuba menjadikan cerpen ini sedikit urban dengan memasukkan plot seorang kaki Twitter dalam cerpen ini. Dan dalam cerpen ini pembaca akan dibawa terbang bersama kisah Zuyyin yang mempunyai kembar lelaki iaitu Zahrin dan kisah seorang pak imam muda yang mungkin juga seorang malaikat wannabe iaitu Affan. Antara cerpen wajib dibaca ! Penulis menggunakan ayat yang mudah untuk difahami dan susunan cerpen ni begitu menarik. Gua suka cerpen ni cikgu. Syabas gua ucapkan. Hehe

HARI INDITIH - Asyraf Bakti


Gua rasa cerpen ni patut dikategorikan sebagai 16SX. Sebuah cerpen yang tidak masuk akal tapi kalau ada dah lama gua jadi pelanggan tetap. Okey cerpen ni mengisahkan mengenai 2 orang pemuda yang juga bersahabat baik iaitu Man dan Mus. Man secara kasarnya boleh digambarkan sebagai seorang member yang hanya mengikut telunjuk manakala Man ni seorang member yang suka bercerita dan perangainya yang agak tak senonoh walaupun gemar menjadikan kopiah dan tasbih sebagai penghias diri.

Cerpen ni ringkas sahaja dan mungkin ia sebagai meditasi supaya pembaca boleh releks sekejap. Plot cerita banyak berlaku di Kedai Mamak Cinta yang mana penulis gambarkan di situ pekerjanya terdiri daripada gadis india yang berkulit putih. Bak kata Mus "kalau kau nak cari gadis macam Preitty Zinta atau Ashwarya Rai ko boleh cari dekat sini..." tapi kadang kadang pembaca juga dibawa bercerita bagaimana kehidupan mereka sebagai manusia yang amat lemah imannya. Kahkah. Garapan yang bagus dan kalaulah ada kedai mamak macam ni memang gua makan sorang-sorang je. Tak bagitahu member yang lain ! Kahkahkah

MALAM, DI MEJA TEMPAT KAU TERLENTOK - Hafiz Hamzah


Kau nak cerpen yang bagus ? Dekat sini kau boleh jumpa. Walaupun pada permulaan penulis cuba membawa pembaca mengetahui betapa nikmatnya minuman KOPI itu tapi bila sampai ke gua, rasa bosan pulak gua baca. Seterusnya bila dibawa ke subtopik pertama penulis telah mengupas plot cerita menjadi lebih menarik. Sumpah best cerpen ni walaupun mula-mula macam boring sikit. Ko minum kopi sampai tertido lepas tu ko mimpi. Haaaaa ko mampu ? hebak betul penangan kopi. Antara cerpen kegemaran gua. Syabas gua ucapkan kepada penulis !

ps : yang lain gua malas nak ulas. kahkahkah



















5 ulasan:

Abang Zam berkata...

lu ulas lah semua buku dalam gambor tu

ENCIK TIKUS berkata...

kakakaka

Wadi AR berkata...

mohon rajinkan diri

Ninaaa berkata...

Weh ulas ah semua!

Hrtu aku tak bli kopi sbb tak sukup budget tp skrg kau buat aku nk bli ah.

ENCIK TIKUS berkata...

kalau lu beli serupa macam lu beli patung barbie special edition