Selasa, 22 Mei 2012

UNIFI DAN PTPTN

Tam tam tam !!!

Dari jarak 5 kilometer kedengaran bunyi Payit bertukang. Kebetulan burung gagak turut sekali terbang menyanyi tapi malangnya bunyi tukang Payit lebih kuat dan lebih padu. "Aak.. aak.. aak.." lebih kurang begitu bunyi burung gagak rasanya. Petang itu dengan mengenakan baju indie yang tertulis "Aku comel lotey !!" ditambah dengan seluar jeans denim koyak belah lutut, ia menambahkan lagi gaya feminin Payit untuk bertukang.

"Payit !! ini ada surat posto untuk kau !!!"

Kelihatan Shibir iaitu teman akrab Payit berlari sambil memegang sepucuk surat. Dengan melakukan larian seperti Watson Nyambek sekejap sahaja Shibir sudah berdiri tegak di hadapan Payit. "Surat apa ni ?" "Mane aku tahu, nak tahu bacalah.. hek eleh..." lekas Payit mengambil surat itu dan duduk di berambu rumahnya. Sambil membetulkan kedudukan Payit membetulkan rambutnya pakai jari.

"Kepada Saudara Ansar,

Dengan ini kami dari pihak PTPTN..."

Sampai sahaja pada perkataan PTPTN Payit terus mengeronyokkan kertas itu dan baling tepat ke sekumpulan monyet yang memerhatikan mereka berdua dari bumbung rumah.

"Ini mesti pasal hal PTPTN kan ?" Shibir cuba menduga.

Payit yang sedang termenung tak semena-mena meluru ke Shibir dan menampar dahinya sekuat hati. "pahal dahi kau besar sangat hari ni ?" soalan Payit tidak dijawab, malah bunyi cengkerik pada petang itu menambahkan lagi suasana hambar antara mereka berdua.

"Kau nak pergi mane tu ?" Shibir bertanya bila melihat Payit tergesa-gesa meninggalkannya.

"Aku nak pergi tengok debat pasal isu PTPTN..."

"jimbit apa kau nak pergi sana.. kau tak tahu ke kita dekat Italy sekarang ?" Shibir tanya kehairanan.

"hek eleh.. pakcik aku dah pasang Unifi lah..."

"so kau tengok via streaming lah ni ?"

"yelah !!! kah kah kah !!"

"kah kah kah!!" mereka berdua pulang ke rumah sambil ketawa berdekah-dekah.

3 ulasan:

Abang Zam berkata...

syaitan. ni gara gara debat ptptn ni

alexa yussida berkata...

argghhh mnyampah.napela akk bukak post awk nih!!haha

Puteri Iqa Izyan berkata...

aku duk tunggu2 surat ptptn ni. lalalala~