Rabu, Jun 27

KISAH ARMSYAD DAN BURUNG GAGAK AJAIB

Masuk minggu ni sudah hampir sebulan Millina tidak kelihatan, dalam masa sebulan itu juga lah Armsyad terkial-kial macam orang bodoh menunggu kehadiran Millina.

"Udah-udah lah tu, takde gunanya kau nak tunggu dia lagi syad.. yang sudah tu sudahlah..." Atoq selaku sahabat baik yang pernah menjawat pengerusi Persatuan Kaunseling SMK Sg.Siput menasihatinya.

"Aku bukan apa toq... dia dah janji nak balik sini lepas pergi menjala... takpelah biarkan aku di sini.. kau pergilah balik lunch dulu toq.." sayu Armsyad membalas.

Atoq geleng kepala lalu beredar meninggalkan Armsyad bersendirian. Selang beberapa minit kelihatan burung gagak berterbangan mengelilingi pondok kecil yang sedang diperlakukan Armsyad dengan duduk termenung.

"Shuhhh.. shuhhh..." Armsyad menghalau burung gagak itu dengan memakai kedua belah tangannya. Dalam waktu yang sama Armsyad merasa pelik kerana burung gagak yang ini warna putih seluruh tubuh badannya dan matanya pula berwarna merah pekat.

Burung gagak itu terbang lagi mengelilingi pondok usang dan setelah itu dia mendarat di atas sebatang kayu yang kebetulan tercacak di sebelah pokok kelapa yang rendang.

"Akk.. akkk akkk !!!" burung gagak itu berbicara.

Armsyad yang hampir terjatuh kerana terkejut membetulkan tempat duduknya dan memerhatikan setiap butir perkataan yang dikeluarkan burung gagak tersebut.

"Akkk.. akkk akk akkk !!!"

"Aku rasa mungkin gagak ni cuba untuk mengatakan sesuatu... sesuatu yang ajaib mungkin ??" benak fikiran Armsyad ligat memikirkan butiran si burung gagak.

"Akkk.. akkk... akkkk aakkkk akkkk !!!" kali ni gagak tadi cuba menyalak dengan lebih kuat.

"Aakkkkk.. akkk akkkk akkk !!! aakkk akkk aakkk !!!"

"Akkk akkkk !!! akkk.. akkkk akkk !!!"

"Purrr.. purrrr.. purrr.. aak aakk akkk akkk !!!!"

10 minit kemudian burung gagak berwarna putih tadi telah selamat dipukul sampai mati oleh Armsyad menggunakan batang kayu yang tercacak itu.

3 ulasan:

Yui Light berkata...

kesian kayu tu...hukhuk

syAzAnA berkata...

mengong mu. -__-

ainina jelani berkata...

wakakka, XD lawak pulak. kesian dia