Jumaat, 27 Julai 2012

PENGALAMAN BERPUASA TAHUN 2000

Memori ini sekitar tahun 2000, masa itu aku baru berusia 8 tahun. Bagi kanak-kanak kecil seperti aku, puasa tidak begitu dititik-beratkan melainkan ada upah lima puloh sen untuk sehari berpuasa. Ibuku jenis yang tidak memaksa jika aku tidak larat untuk menunaikan ibadah puasa. Kadang-kadang pada pukul 9 pagi aku dibenarkan berbuka jika aku mengadu tidak larat untuk berpuasa. Tapi selalunya aku akan mendapat jawapan yang dingin dari ibuku, buat-buat tak dengar misalnya.

Tapi disebalik sifat ibuku yang sebegini rupa aku tetap tidak dapat melupakan satu kejadian yang ini..

"Ibu.. paris rasa hari ni paris tak larat lah nak berpuasa..."

"Aik.. paris dah lupa eh janji paris masa awal Ramadhan hari tu ?" soal ibuku.

"Janji ?? janji apa ??!!"

"Janji rock !!" ibuku menjerit sedikit sambil membuat gaya tangan ala-ala kumpulan rock.

Pada hari itu aku menjalani ibadah puasaku dengan penuh harmoni.

6 ulasan:

Yui Light berkata...

Terbaik la mak hang. \m/

budak hensem berkata...

tak kelaka lansung

YasminJHunwick berkata...

Salam, saya Aunty Sazlina, mama kepada Arwah Yasmin Hunwick. Aunty tgk byk komen di blog arwah. TQ. Kalau masih mengingati arwah sedekahkan lah Fatihah buat rohnya.

zacky786 berkata...

hahaa.. klaka la..

Fara E's berkata...

mama kau hot ! haha

Pisey berkata...

Sebab kalau puasa baru rock? Hahaha.