Khamis, Januari 10

2013

Apa khabar pembaca blog ni? Ah gua tanya macam bajet ada je. Sebenarnya gua sedih sikit bila buka blog ni dan tengok post latest terbit tahun Sept 2012. Ooo mak ai tahun lepas punya post la setan. So persoalannya ke mana gua menghilang selama ni? Korang nak tahu atau tak itu lu orang punya masalah. Gua nak cerita juga.

It's been ages juga dan kalau nak dikhabor gua rindu juga dengan scene blogging. Bila gua tengok bloglist belah kanan blog gua ni, ramai dah blogger-blogger yang dah tak update, jarang update. Tapi ada juga yang gigih menulis setiap hari, setiap minggu. Mungkin mereka ni gua boleh kategorikan sebagai blogger yang menulis memang kerana minat bukannya menulis sebab scene blogging tengah naik.

Dan kalau gua nak cerita pengalaman tahun 2011 dan 2012, ramai juga blogger yang selama ni gua hanya komen di blog diorang sekarang gua dah berjumpa pun dan ada juga blogger yang dah kahwin. Alhamdulillah dan doa saja gua mampu titipkan buat mereka dan sampai sekarang gua dengan blogger yang dah pernah gua jumpa still contact, still bertemu tapi dalam jangka masa yang orang tua kabo 'jarang' sebab masing-masing pun busy dengan kehidupan sendiri.

Apa lagi nak cerita? Haaaa insyaAllah kalau takde aral melintang tahun ni gua akan graduate! Kakakaka best betul rasa. So siapa yang baca blog ni dari tahun 2010 mungkin korang tahu lah gua belajar dekat mana, ambil course apa. Kalau nak berborak lebih dekat dengan gua ringan-ringankan lah jari follow twitter gua. http://twitter.com/FarithMann Itu je kot gua nak tulis sebagai tanda gua masih hidup lagi dan nak mengubat kerinduan pada pembaca blog ni. Kahkahkah!

7 ulasan:

reenapple berkata...

selamat kembali. Haha.

#aku grad tahun depan(2014) even tahun tahun akhir. wuu

zarifahmr berkata...

untunglaaa nak grad dahh
fuh fuh *tiup habuk*

Wadi AR berkata...

pehh, bukak bukak twitter dah seribu lebih. engko kenal ke dak aku ni lagi

May Maisarah berkata...

Hehei welcome back bro ! selamat bergraduasi. selamat menikmati saat-saat akhir bergelar pelajar. serius nanti bila dah abes belajor rase ghinduuu yang amat nak jadik student semula. =.='

Umie Artoqiemie berkata...

ade ke orang rindu kau kat dalam blog ni ? haha

pemuzik jalanan berkata...

eh windunyewww encik t! Ahaks.

Kakaka, ahh aku selalu nampak kau kat twitter, tempat menulis juga la kiranya kan.

ENCIK TIKUS berkata...

kahkahkah ada lagi yang sudi komen eh. kahkahkah gua nak nanges ni