Sabtu, Oktober 12

KISAH SEGENGGAM TELEFON BIMBIT

Hello kawan-kawan yang aku suka, lama juga aku tak kemaskini blog tikus ni. Aku update pun sebab bosan asyik tengok post yang sama je dan to be honest ada juga suara-suara peminat suruh aku update. Kahkahkah. Jadi apa khabar? Aku khabar baik-baik sahaja. Aku agak busy dengan pengajian yang sudah masuk ke satu tahap yang baru. Persekitaran baru, kawan-kawan baru, kanchik-kanchik baru, drama-drama baru. Setakat ni aku rasa semuanya okay-okay sahaja, lagipun awal semester macam ni biasa lah busy dengan assignment, presentation, busy nak adjust kanchik teman pergi makan dan lain-lain.

Aku semangat cerita perihal diri-sendiri ni aku terfikir juga ada ke yang kisah? Kahkahkah. Okayy cerita pasal kanchik ni, aku nak story satu cerita. Begini, kebiasaannya pada hari isnin hingga khamis aku ada kelas dan weekend aku start pada hari jumaat which is jumaat tu aku dah takde kelas. Nak ikut cerita, aku dengan kanchik ni sama kelas pada hari selasa dan khamis. Kelas apa itu tak perlu lah korang tahu karang kalau kantoi malu aku nanti. Kahkahkah!

Aku tak tahu bagaimana bibit-bibit cinta ini boleh bermula tapi seingat aku kami telah disatukan untuk menyiapkan assignment pada subjek hari khamis. Muka makwe ni ada iras-iras macam Olga Kurylenko, kalau korang nak google pastikan takde manusia yang berdekatan dengan korang karang berdarah hidung.


Okay lah aku bagi contoh, muka dia sama macam kanchik dekat atas tu tapi muka kanchik ni versi Melayu lah. Go through to the story, standard lah kalau dah satu group mestilah kena ada contact masing-masing nanti senang nak jumpa kan? So secara gentleman aku minta lah dia punya number untuk perjumpaan berkaitan kertas kerja dengan lebih lanjut. Aku tak expect apa-apa pun tapi pada malam pertama kami sudah start berbual rancak di Whatsapp seperti kami ni sudah kenal lebih 10 tahun. Pada keesokan harinya pagi-pagi lagi aku sudah menerima notification di Wechat dan tertera profile kanchik itu di skrin telefon bimbitku. Aku pun approve.

Pada malam-malam yang berikutnya, bertalu-talu telefon bimbit aku diserang. Aku yang sedang khusyuk study subjek Management terus rasa tidak selesa dengan bunyi bising bingit dari notification itu. Aku bingkas bangun dan mencampakkan telefon bimbitku ke dinding.

"Woi sakitlah babi!" - tiba-tiba telefon bimbitku bercakap.

"Apa salah aku sampai aku diperlakukan sebegini??!" - rintih telefon bimbit itu lagi sambil menangis.

Aku ini hati tisu orangnya. Aku merasa bersalah dan segera aku ambil telefon bimbitku dan mengusapnya beberapa kali.

"Sorry der ter ser sia aku tension lar ada kanchik ni asyik contact aku tak berhenti, aku nak beribadat dan study pun tak senang" - kataku ingin meredakan ketegangan.

"Kanchik mana lar ni der ter ser sia?! Setahu aku banyak nombor telefon kanchik-kanchik dalam data aku ni"

"Fak fak fak! kau memang fak!" - marah aku tidak semena-mena

"Rileks der, aku ini walaupun hanya segenggam telefon bimbit tapi suka citanya aku ingin berpesan pada kau hidup ini cuma sekali, jangan sesekali kau pernah mempermainkan perasaan seorang wanita kerana wanita ini cepat terusik jiwanya dan kau sebagai lelaki patut mengangkat darjat seorang wanita itu pada tempat yang sepatutnya"

"Dulu kau juga pernah kata yang kau dah insaf nak pasang ramai kanchik, ini apa ni??? apa semua ni???" - nasihat telefon bimbit itu panjang lebar.

"Begini lar, aku cadangkan esok atau lusa kau pergi jumpa kanchik tu dan kau terus terang mengenai perasaan kau, lagi satu aku nak kau janji yang kau takkan buat perbuatan terkutuk ni lagi. Janji?!"

"Okay baiklah aku janji" - kataku perlahan.

Telefon bimbit itu tersenyum melihatku dan aku membalas senyumannya tanda terima kasih.



Esok paginya aku pergi kedai trade-in handphone baru.


p/s : kanchik itu makwe dalam bahasa mudahnya.

5 ulasan:

reenapple berkata...

Weewit... tahniah!!!

Berkurun tunggu kau hupdate blog. :3

ENCIK TIKUS berkata...

ehehe tq tq

GADIS TERBILANG berkata...

GT nk bg Rm 100.00 ni

http://gadisterbilang.blogspot.com/2013/10/say-no-to-paraben-share-and-win-rm100.html

Syera berkata...

Macam menyesal pulak pergi search olga kurylenko tu. -..-

sherlina halim berkata...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/