Ahad, 11 Februari 2018

MENGENALI TAYAR KERETA CARA MUDAH BERSAMA DATO' ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS (BUKAN)

Uish pejam celik pejam celik dah 2018. Kalau dicongak blog gua ni dah berusia hampir 8 tahun. Kalau jadi anak mungkin dia dah bersekolah darjah 2 dekat SK TTDI Kuala Lumpur. Ceh nama sekolah taknak kalah!

Apa lagi nak update dekat sini? Yep gua masih berdiri kemas dekat blog ni. Tapi kali ni gua nak update entri yang bermanfaat untuk perempuan sahaja. Kenapa perempuan? Sebab gua kan Pencinta Wanita kah kah kah

Kalau tengok tajuk pun lu orang dah tahu apa yang gua nak bebel kejap lagi. Yep pasal Tayar Kereta. Semua maklum tayar kereta merupakan part yang penting dalam sesebuah kereta. Tapi masih ramai lagi di luar sana majoritinya perempuan tak tahu apa fungsi, jenis dan cara penjagaan tayar kereta. Lu orang rilekssssss tarik nafas panjang sebelum pergi lebih jauh dalam topik ni.

Bagi gua untuk jaga kereta ni ada 10 benda paling penting iaitu:-

1. Tayar
2. Minyak hitam
3. Penapis minyak (Oil filter)
4. Palam pencucuh (Spark plug)
5. Bateri
6. Penapis udara (Air filter)
7. Minyak gear (Auto/Manual)
8. Coolant
9. Belting
10. Brek


Tapi untuk story semua benda ni dalam satu entri akan buat kepala lu orang pusing, so gua akan story satu persatu dengan cara yang paling mudah. Gua start dengan point satu dulu, tayar kereta.

Fungsi: Tayar berpusing bagi kereta lu orang jalan yang menggunakan tenaga dari enjin. Dalam tayar ni ada angin yang menjaga tayar semasa berpusing bila in contact dengan keadaan jalan yang akan membuatkan tayar lu orang fleksibel.

Kategori: Tayar ni ada banyak jenis. Ada jenis biasa, jenis racing F1, jenis jalan untuk hutan (offroad) dan macam-macam lagi. Ada macam-macam bunga, size dan kod masing-masing (kalau nk tahu detail lu orang tanya je dekat ruangan komen nanti gua balas). Tayar ada macam-macam jenis mengikut brand dan harga berlainan mengikut kemampuan masing-masing. Tayar jenis Michelin memang antara brand yang power dan mahal tapi gua pun pakai Good Year je beb sebab duit BR1M tak lepas kah kah kah

Jenis tayar

Brand tayar

Penjagaan: Satu je lu orang kena jaga, angin tayar. Angin (tekanan udara) yang tidak tepat boleh buat tayar lu orang mudah retak dan pecah. Selain tu, permukaan tayar lu orang akan haus lebih cepat. Lu orang kena periksa angin tayar ni seminggu sekali. Kalau lu orang biarkan nanti kerap lu orang kena tukar tayar. Tayar dah la mahal sekarang ni satu tayar dalam Rm180. Kalau lu orang ada duit Nuffnang beriban itu lain cerita la. Kalau dijaga dengan elok tayar boleh tahan 3 hingga 4 tahun. Isi angin pun kena ikut sukatan yang betul kalau tak ia akan bagi kesan pada tayar. Boleh refer gambar.
   


Cara Isi: Lu orang boleh pergi mana-mana stesen minyak ada tulis angin dan air. Mula-mula set kan berapa sukatan lepas tu masukkan kat picu tayar tu. Sampai dengar bunyi beep tu maksudnya tayar lu orang dah sedap. Dalam meter tu ada sukatan dalam PSI (pressure per quare inch) atau kPa (Kilopascal), set mana-mana pun boleh. Nak tau kereta lu orang berapa PSI yang diperlukan, ada dua cara. Kalau lu orang perasan sebelah tempat duduk driver tu ade pelekat, ada nombor berapa sukatan tayar depan dan belakang. Dalam kurungan tu PSI. Lu orang ikut je tu, kalau takde atau pelekat tu dah tercabut, lu orang boleh tengok dekat stesen minyak ada yang letak sukatan ikut cc kereta.






So, amacam? Simple je kan. Kepada perempuan marhaen lu orang dah boleh buat sendiri lepas ni. Sebenarnye pasal tayar ni banyak lagi tapi yang paling penting itu je dulu. Kalau nak tahu detail pasal alignment, gred, pemilihan tayar dan lain-lain gua akan post pada next entri. Tak pun tanya je di ruangan komen gua akan balas dengan penuh hikmah.




P/s: Lepas habis taip dan post entri ni gua rasa lain macam. Rasa macam berdosa.

Tiada ulasan: